Home » All Post

Bersama Chegubard (SAMM) Dedah Bukti Cincin RM24.5Juta di SPRM P.Pinang

Submitted by on July 13, 2011 – 9:14 AMNo Comment

Gambar Hiasan

Hari ini Chegubard bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mendedahkan bukti pemborosan yang dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan beliau menghabiskan wang rakyat sebanyak RM24.4 juta hanya untuk sebentuk cincin.

Pendedahan bukti pembelian cincin itu diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malayasia (KDRM), yang mana tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York. Antara yang akan dibuktikan dalam pendedahan tersebut ialah maklumat daripada skrin KDRM yang ada nama Rosmah sebagai pembeli, harga barangan tersebut dan beberapa maklumat penting yang sepatutnya membolehkan SPRM bertindak.

Chegubard sebagai anak muda pendesak mempersoalkan Rosmah kerana perbelanjaan yang sangat mewah di kala rakyat semakin bergelut untuk keperluan harian malah ada yang sudah sampai tahap ‘kais pagi makan pagi’. Kita juga mendesak supaya Rosmah menjawab dari mana hasil pendapatan untuk pembelian hanya satu bentuk mutiara di cincin itu dengan harga RM24.4 juta.

Cincin berkenaan juga jelas tertera butirannya, natural fancy blue gray cushion CV7 diamond ring yang dibeli daripada syarikat berlian Jacob & Co, yang juga dikenalpasti sebuah syarikat yang pengasasnya adalah berbangsa Yahudi.

Justeru itu, SAMM menjemput semua rakyat terutamanya anak muda untuk hadir bersama dalam pendedahan penting dalam siri-siri membongkar pembaziran negara bertempat di hadapan Pejabat SPRM Pulau Pinang. Berikut adalah butiran kepada yang ingin menghadirkan diri;

Tarikh    : 13 Julai 2011 (Hari ini)
Masa      : 11.30am/pg
Tempat   : Di hadapan Pejabat SPRM P.Pinang (sebelah citibank)

SAMM Pulau Pinang juga akan bertindak selaku penyelaras untuk pendedahan penting ini. Ayuh bersama Chegubard dan SAMM sebagai anak muda pendesak perubahan. Semua dijemput hadir terutamanya anak muda.

EDYES @ Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengarah Propaganda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.