Home » All Post

KENYATAAN MEDIA – SAMM Desak SPRM Siasat Belian Bernilai RM24.4j !

Submitted by on July 13, 2011 – 6:42 PMNo Comment


KENYATAAN MEDIA
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

13 JULAI 2011
DESAK SPRM SIASAT DAN TAMPIL MENYATAKAN HASIL SIASATAN

Hari ini kami telah tampil mewakili gerakan anak muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk membuat satu laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai.

Menurut maklumat yang kami perolehi pada 16 April 2011 yang lalu satu unit belian “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” telah dibawa masuk melalui KLIA dan nilai yang diistiharkan bagi belian itu ialah RM 24,458,400.00. Belian itu di beli (eksport) dengan sebuah syarikat Jacon & co yang berpengkalan di New York. Ia dibawa masuk ke Malaysia menggunakan menggunakan nama Jeremy Beh Sin Tee tetapi sebaliknya nama “H.E Datin Seri Paduka Rosmah Mansor” turut tertera dalam ruangan penerima.

Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan.

Maka SAMM mendesak agar SPRM mengadakan siasatan secara telus dan tampil untuk menyatakan hasil siasatannya.

Setiap kali kenaikan harga dan seumpamanya maka Perdana Menteri Malaysia sering menasihatkan rakyat supaya mengubah cara hidup. Tahu atau tidak kamu bahawa rakyat sudah tidak mampu lagi untuk mengubah cara hidup yang sudah sedia sempit. Kamu dan keluargalah yang seharusnya mengubah cara hidup kamu atau kami rakyat harus mengubah kamu.

Berdasarkan bukti yang diperolehi kemasukan belian bernilai RM 24.4 j itu juga mencatatkan cukai RM 0. Jika diingat kembali ini mungkin ada kaitan dengan usaha meluluskan belanjawan negara yang memansuhkan cukai pakaian dan perhiasan yang dibentangkan diparlimen.

Berlian bernilai RM24.4j tidak kena cukai tetapi perkhidmatan seperti Astro, telekomunikasi termasuk makan direstoran rakyat dicukai.

Keadaan ini sudah tentu mengimbau kenangan kita dengan tetangga yang pernah punya wanita pertama yang bernama Imelda Marcos yang bermewah ketika rakyat sedang merintih kesempitan hidup.

Sekian

che’GuBard
0176688404
email : [email protected]
http://chegubard.blogspot.com/
http://www.anakmudamalaysia.com/

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.