Home » All Post

RESPON SAMM terhadap titah DYMM SPB YDP Agong

Submitted by on July 5, 2011 – 12:39 PMNo Comment

[ngg_uploader id=1]

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menerima baik dan menjunjung duli atas Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini yang dikeluarkan pada 3 Julai 2011.

Dalam titah tersebut secara jelas Tuanku menyebut :

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Tidak lansung ada satu ayat pun Tuanku menyatakan Himpunan Bersih 2 harus dibatalkan. Sebaliknya secara jelas Tuanku menyatakan kegusaran terhadap himpunan yang akan memudaratkan negara yang bersifat perkauman. Ini jelas himpunan tajaan pemuda Umnolah yang jelas berbau perkauman, ugutan dan provokasi.

Serentak dengan titah khas tersebut PDRM seharusnya memberhentikan tindakan ‘gila babi’ mereka memburu secara membabi buta. Polis terus bertindak menyelongkar rumah, kenderaan dan harta persendirian untuk mencari Tshirt Kuning dan bertindak tidak rasional lansung tidak menghormati titah Tuanku yang meminta regim menjalankan tanggungjawab penuh amanah dan bijaksana.

Bayangkan ada orang yang ditahan dipaksa membuka baju sehingga dedahkan tshirt kuning yang dipakai di dalam baju kemudian ditahan kerana memakai tshirt kuning. Gila !

Himpunan baju merah juga haram tetapi adakah baju merah diburu sedemikian rupa. Umno hadir berbaju merah ke Balai polis disambut tetapi yang berbaju kuning di sebelah dalam dan pergi ke pasar malam ditahan dan dibelasah.

Kenderaan Menteri Besar Selangor disekat ditengah jalan oleh polis seperti penjenayah dan exco Kerajaan negeri Selangor, Ronie Liew ditarik keluar diseret oleh polis. Perkasa dan Umno secara terbuka membuat ugutan, ancaman bersifat perkauman diberi lindungan istimewa oleh Polis.

Ini yang ditegur oleh Tuanku dalam titah khasnya dan selepas tuanku bertitah semua ini terus berlaku dan tidakkah ini dinamakan derhaka ? Jika polis tidak mahu menghormati Institusi di raja di Malaysia sebaliknya hanya akur dengan arahan atasan politik maka PDRM tidak layak memakai gelaran Polis ‘di Raja”.

Ampun Tuanku, dalam isu berunding untuk pengetahuan Tuanku tuntutan BERSIH telah wujud sejak 2007. Rakyat juga telah membuktikan bahawa kami mampu berhimpun secara aman ketika Himpunan BERSIH 2007 dan menghantar memorandum kebawah duli tuanku.

Namun sejak sebelum itu dan selepas itu banyak sesi rundingan dilakukan. Sejak BERSIH diterajui oleh Tn Hj Syed Syahir (ketika beliau menjadi Presiden MTUC) sehinggalah dengan semangat yang sama BERSIH kini diterajui oleh Dato Ambiga (bekas Presiden Majlis Peguam) begitu banyak sesi perbincangan, banyak bahan bukti kepincangan didedah dan banyak cadangan dibawa namun semuanya tidak di dengari. Malah saya tidak melihatpun Majlis Raja-raja secara serius membincangkan memorandum rakyat yang dipersembahkan kepada Tuanku dengan 100,000 rakyat berhimpun depan Istana menjunjung kasih mengadap Tuanku.

Himpunan aman desakan rakyat dipilih hanya sebagai jalan terakhir.

Ampun Tuanku, kebanyakan parti politik yang mendokong BERSIH tidak takut kalah dalam pilihanraya. Malah parti ‘matang’ seperti PAS bukan sekali memasuki pilihanraya dan kalah namun mereka terus akur dan masuk lagi, parti – parti seperti ini boleh menerima hakikat ditolak rakyat tetapi mereka tidak sanggup untuk rakyat ditipu sekian kalinya dalam proses pilihanraya yang pincang dan tidak adil.

parti penguasa regim kalah di beberapa tempat tidak boleh dijadikan dalil pilihanraya itu adil. Di Permatang Pauh pun ada kepincangan dimana sebuah rumah ada lebih 60 orang pemilih dan bayangkan dalam penuh penipuan PR masih ada menang, kalau proses pilihanraya adil dan bersih Bn mungkin hiang deposit.

Ini bukan soal Bn atau PR menang, himpunan Bersih bukan soal Ambiga, Anwar atau Najib tetapi ia persoalan rakyat untuk memiliki proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, setakat ini jawatankuasa pemandu BERSIH 2 belum lagi menyatakan tidak mahu berhimpun. Perhimpunan tetap akan diteruskan. Pagi ini jawatankuasa ini akan mengadap ke Istana.

Sehubungan dengan itu SAMM masih meneruskan semua program mobilisasi yang dirancang. Rakyat terus dalam keadaan tenang dan aman harus terus bersemangat untuk berhimpun menyatakan pendirian.

Kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Ingat himpunan ini untuk mendesak pilihanraya yang bersih dan adil, ertinya kita bersetuju dalam kerangka pilihanraya. Ingat kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan sebaliknya kita mahu membina kerajaan rakyat yang diangkat melalui kuasa pengundian rakyat sebenar bukan manipulasi pilihanraya.

SAMM berpendirian dan menyarankan jawatankuasa pemandu BERSIH 2 menjunjung titah khas Tuanku dan menerima tawaran Najib. Kita berhimpun di Stadium. Syarat kita pilih Stadium Merdeka. Kedua syaratnya PDRM harus bertindak bertamadun dengan membebaskan semua tangkapan berkaitan BERSIH dan gugurkan sebarang usaha pendakwaan. Ketika kempen BERSIH harus ‘dihalalkan’. KL tidak boleh dikepung umpama nak perang, pendokong pilihanraya bersih dan adil harus dibenar memasuki KL menuju ke Stadium dengan berbaju Kuning. Konvoi serta bas-bas penyokong tidak boleh disekat.

Kita undur selangkah kerana BERSIH bukan isu himpunan semata – mata tetapi tuntutan untuk pilihanraya bebas dan adil. Kita lihat adakah benar Najib dan regim mampu menghormati atau yang sebenar mereka takut ialah pilihanraya bebas, bersih dan adil itu sendiri.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
5 Julai 2011

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.