Home » Kenyataan Media

SAMM Johor : Isu Pusat Hiburan di Kedah dan Melaka

Submitted by on July 22, 2011 – 2:47 AMNo Comment

Ketika umat Islam di Malaysia meraikan sambutan Nisfu Syaaban, dan sedang bersedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan penuh berkat, masyarakat di Malaysia tiba-tiba dikejutkan dengan isu kelab hiburan di beberapa buah negeri di Malaysia Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor suka melihat pendekatan dua buah kerajaan negeri, Kedah dan Melaka yang terpalit dalam isu kelab hiburan ketika dalam persediaan menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Di KEDAH, kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadhan yang akan datang, tetapi lain pula yang berlaku di negeri MELAKA dibawah pimpinan kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor melihat perkara ini sangat menarik untuk melihat dimanakah tahap kebijaksanaan dan kesepakatan bagi kedua-dua kerajaan negeri tersebut. Sebelum mengulas lanjut izinkan saya menjelaskan apakah isu sebenar yang berlaku di kedua-dua negeri ini. Isu utamanya adalah, kerajaan negeri Kedah hendak melaksanakan penguatkuasaan Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 (yang turut dipersetujui MCA dan Gerakan) serta telah digazetkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada tahun yang sama. Berbeza dengan kerajaan negeri MELAKA dibawah pimpinan kerajaan BN di dalam mesyuarat Exco baru-baru ini yang telah MELULUSKAN untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Kerajaan negeri Kedah ingin melaksanaan penguatkuasaan Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco pada 4 Mei 2011. Ada 13 tatacara menjalankan aktiviti hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan kategori semuanya termasuklah karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain. Ia telah diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998. Dalam Jadual C, Enakmen muka surat 150, Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: …Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Tetapi berita yang dilaporkan oleh media utama telah mengelirukan MCA, Gerakan dan DAP kerana mereka tersalah sangka bahawa 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Bagi mereka jalan keluar bagi isu ini hanyalah dengan membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang permohonan lesen yang mereka tandatangani. Bagi menangani masalah ini MB negeri Kedah telah memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka.

MB telah memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci bagi umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 pekerja mereka yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan di sepanjang bulan Ramadhan itu.

Sebagai penyelesaian di Kedah, MB menerima cadangan mereka iaitu (3.1 hingga 3.3)merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Ini bermakna, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam dan mereka telah memberi komitmen untuk memastikan hal ini. Selesai isu di Kedah.

Di Melaka apa yang berlaku benar-benar berlawanan daripada di Kedah. Kerajaan negeri Melaka bukan menguatkuasakan apa-apa Enakmen Hiburan untuk menjustifikasikan KELULUSAN untuk memanjangkan tempoh masa pusat hiburan dari jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Dan tindakan itu semata-mata alasan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Menurut Ketua Menteri Melaka lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Pada hari Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

SAMM Johor melihat perkara ini berlawanan sekali dengan sikap kerajaan Kedah yang mengajar rakyatnya agar tidak terjebak kepada maksiat dengan berusaha mengharamkan pusat hiburan kepada orang Islam. Lebih sedih, tindakan ini dibuat ketika masyarakat Islam sedang bersedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia. Tidak cukupkah gejala keruntuhan akhlak anak muda yang berlaku pada hari ini. Adakah langkah membenteras masalah akhlak ini dibuat setelah maksiat berlaku dan bukan membanteras sebelum ianya berlaku. Mungkin itulah sebabnya kaedah yang diambil oleh kerajaan negeri Melaka bagi menangani masalah moral remajanya adalah adengan membina Sekolah Harapan untuk anak muda yang sudah terlajur.

SAMM Johor menggesa agar kerajaan negeri Melaka agar mempertimbangkan kelulusan lanjutan operasi pusat hiburan itu demi masa depan anak muda. Jangan hanya fikirkan soal keuntungan semata-mata. Fikirkan soal agama dan maruah anak bangsa pada masa hadapan.

“PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA”
AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.