Home » All Post

Video Pendedahan Cincin RM24.5 Juta oleh SAMM dan Chegubard

Submitted by on July 13, 2011 – 8:17 AMNo Comment

Video Pendedahan Chegubard di Taman Melewar Sehari Sebelum BERSIH

Salam BERSIH,

Pendedahan penting ini hadir pada malam sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 di dalam ceramah yang disampaikan oleh Chegubard di Taman Melewar, Gombak. Ia seolah-olah memberi ilham yang amat besar untuk setiap rakyat yang mendengar pendedahan pada malam tersebut, membuatkan rakyat lebih bersemangat untuk hadir ke himpunan Bersih keesokkan harinya.

Maklumat diperolehi oleh pasukan risikan SAMM yang berjaya menerbit keluar dari kastam, sebuah skandal RM24.5 juta, dan setelah mendapat kesahihan chegubard mengambil tanggungjawab selaku penyelaras SAMM untuk mendedahkan skandal jahat ini kepada rakyat. Di hadapan ribuan pendengar ceramah dan puluhan polis serta SB, chegubard menerangkan dengan terperinci maklumat yang tertera dalam printscreen. Anda boleh rujuk printscreen tersebut dalam entry blog chegubard dalam tajuk “Imelda Rosmah dan cincin nilai RM24.4 juta”.

Mungkin disebabkan pendedahan ini juga, menyebabkan kami diekori oleh sebuah Persona hijau ketika balik ke hotel dari Taman Melewar sejurus selepas chegubard habis ceramah. Pendedahan oleh Chegubard ini sememangnya mendatangkan bahaya besar kepada regim pemerintah. Namun syukurlah di atas taktikal ‘decoy’ yang digunakan oleh anak muda SAMM berjaya mengelirukan pihak polis seraya meloloskan Chegubard dari ditangkap sebelum berhimpun.

SAMM akan terus ke hadapan membongkar penipuan dan rompakkan yang dilakukan oleh rejim jahat tanpa rasa gentar kerana rakyat dan anak muda tetap bersama SAMM. Kepada anak muda yang ingin menyertai SAMM, sila ke laman portal SAMM di alamat www.anakmudamalaysia.com.

Edyes @ Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengarah Propaganda SAMM

Sumber: blog edyes

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.