Home » Headlines

Izzar, kawan kita memerlukan bantuan

Submitted by on August 17, 2011 – 4:08 PMNo Comment

Noor Izzar Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Ijat Panjang (31 tahun) seorang aktivis yang gigih. Beliau yang che’GuBard kenali sejak 1999 lagi tidak pernah kenal erti penat dalam berjuang. Beliau bukan orang senang tetapi tumpuan isu rakyat membela orang susah menjadi keutamaan perjuangan beliau.

Kini Doktor mengesahkan Hijat terkena sejenis penyakit kulit yang dipanggil Pemphigus Vulgaris. Penyakit ini memang jarang ditemui…Hijat adalah pesakit keempat yang pernah doktor temui di hospital ini… Telah hampir lebih setengah tahun beliau keluar masuk hospital. Kini syarikat insuran tidak lagi membayar kos perubatannya kerana sudah sampai had yang ditetapkan dalam polisi.

che’GuBard seru semua teman-teman , khususnya adik beradik SAMM untuk sama menyumbang seorang sedikit. Semua penyelaras SAMM pusat dan penyelaras negeri telah bersetuju menyumbang RM 100 – RM 50 seorang. Sumbangan sedang dikumpulkan dan akan disampaikan kepada Ijat, insyaAllah pada petang sebelum Eidulfitri. Kepada yang sudi membantu sila salurkan sumbangan ke akaun Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Bank Islam Malaysia Berhad no akaun 05012010074930. Selepas memasukkan sumbangan sila sms ke 0126937908 (Zam, penyelaras perbendaharaan SAMM).






 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.