Home » Kenyataan Media

Jangan terjemah sejarah ikut kepentingan

Submitted by on September 7, 2011 – 10:46 PMNo Comment
1. Hj. Mohd Sabu angkat Mat Indra sebagai tokoh lawan penjajah tanpa sebut komunis tetapi Umno yang tuduh Mat Indra komunis !

2.Namun kerana kepentingan politik sempit, Umno hina Mat Indera yang diangkat oleh Yayasan Warisan Johor sebagai antara hero pengukir nama Johor. (Tokoh Terbilang)

3. Taktik penjajah british ialah melebelkan semua yang melawan imperalis british sebagai komunis termasuk nasionalis melayu dan agamawan. Taktik ini diwarisi Umno sehingga kini.
4. Beberapa tokoh kiri terus digelapkan sejarah kepewiraan mereka kerana untuk menunjukkan hanya Umno yang perjuang merdeka.
5. Serangan Umno terhadap tokoh yang melawan British termasuk bekas pemimpim PKM diragui ketelusannya. Umno dilihat menyerang mereka bukan kerana ideologi komunis tetapi lebih kepada mewarisi sentimen warisan penjajah, ini jelas kerana Umno parti pemerintah sendiri menjalinkan hubungan rasmi melalui perjanjian MoU dengan Parti komunis China, KDN membenarkan suara rasmi akhbar Parti Komunis China terbit di Malaysia malah bakal menantu Rosmah Mansor juga seorang dari keluarga pemimpin parti komunis di Asia Tengah.
6. Istana perak pernah menerima mengadap bekas tokoh PKM dan memberi tajaan kepada tokoh tersebut pergi ke tanah suci.
7. Seorang MB Perlis (ketika masih menjadi Menteri Besar pernah ke selatan Thai (perkampungan yang didiami oleh bekas-bekas pimpinan dan perajurit PKM) untuk ziarah dan sampaikan bantuan. Begitulah seharusnya selepas perjanjian damai 1989, semua harus berdamai. Sejarah harus diangkat secara jujur semua pejuang harus dapat pengiktirafan wajar. Selepas rundingan damai 1989 yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Komunis, pengiktirafan harus diberi dan segala persengketaan wajar diketepi.
8. Sebenarnya banyak yang punya peranan dalam merdekakan negara ini, cuma cara regim ini menyajikan sejarah untuk memberikan persepsi salah hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan adalah salah. Malah mereka bukan sahaja mengatakan Umno pejuang tunggal tetapi melebelkan yang lain sebagai perbagai label negatif.
9. Jika sentimen yang menang menulis sejarah dan yang kalah menulis puisi ini diteruskan percayalah kita tidak akan ke mana – mana. Tanpa menyajikan sejarah yang telus pembinaan jati diri anak tanah air ini akan gagal. Ambil contoh di Korea selatan, 1980 telah berlaku kebangkitan rakyat 18 Mei di Gwangju. Pertembungan antara rakyat dan tentera kerajaan melibatkan juga tentera Amerika pada ketika itu kerana konon wujud anasir komunis di Gwangju. Namun setelah semua selesai dan demokrasi subur di Korea Selatan, Kerajaan Seoul telah memberikan pampasan kepada Gwangju sehingga mangsa mewujudkan may18 Memorial Foundation dan sejarah ditulis semula dan yang baik dijadikan pengajaran dan yang salah dijadikan sempadan. Malah kerana kejujuran itu juga Gwangju menjadi mercu tanda “kiblat demokrasi” rantau ini.
11. Ini semua boleh dilakukan di negara ini jika kita punya iltizam jujur membina bangsa negara ini. semua sebenar ada peranan dalam kemerdekaan negara dari yang berunding hinggalah yang berjuang bersenjata dalam hutan.
12. Malangnya dalam isu mutaakhir ini bermula dengan propaganda TV3, maka yang terakhir telah berlaku cabaran debat. Debat ini bagus dan merupakan budaya politik matang. Tetapi sebagai ganerasi muda khususnya dalam isu seperti ini debat seharusnya bukan untuk tunjuk hero atau siapa salah atau benar. Dalam isu sejarah seperti ini pihak A tak semesti betul semua dan pihak B tak semesti salah semua. seharusnya debat seperti ini digunakan kesempatan mencari rumusan terbaik sebagai mencari fakta tapak membina jati diri bangsa negara ini.
13. SAMM mengalukan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda PAS juga disertai mana – mana organisasi muda untuk berdebat mencungkil fakta sejarah. Mohamad Sabu dari segi pengalaman, usia dan hierakinya lebih sesuai tampil berdebat dengan Muhiyuddin Yasin yang agak kasar ketika memberikan komen-komen seperti menyuruh Mohamad Sabu bertaubat.
14. Apapun kesempatan ini bagus kerana secara tidak lansung ia menarik perbagai pihak untuk sama mencungkil sejarah negara.
che’GuBard

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.