Home » All Post

Lawatan Kerja SAMM ke Sabah 30 Sept – 2 okt

Submitted by on September 29, 2011 – 6:39 PMNo Comment

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Sabah bermula 30 September 2011 hingga 2 Oktober 2011. Lawatan kerja rasmi ini sebahagian dari rangka kerja yang diputuskan dalam Rapat (pengurusan) Kebangsaan yang diadakan hujung minggu lepas.

Lawatan ini bertujuan untuk bertemu dan menyusun massa muda radikal di bumi dibawah bayu. Selain itu ia juga bertujuan untuk memulakan kaji selidik, mengumpul pendapat dan suara muda di Sabah mengenai beberapa isu.

Seramai 6 orang delegasi dari SAMM Kebangsaan yang diketuai sendiri oleh che’GuBard akan memenuhi jadual padat aktiviti yang dijadualkan akan diadakan di K.Kinabalu, Kudat dan Sandakan. Semua acara ialah acara tertutup.

Pertemuan dan taklimat khas bersama kader – kader baru SAMM di Sabah dan pertemuan dengan pimpinan SAMM Sabah menjadi agenda utama. Pertemuan dengan pemimpin politik (parti pemerintah dan pembangkang), pemimpin – pemimpin masyarakat setempat serta beberapa tokoh muda turut diadakan, ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan mengumpul pendapat isu sebenar di Sabah.

Perbagai isu terpendam di Sabah ;  dari isu kerakyatan, isu tanah NCR, isu royalti sehinggalah tuntutan janji pelaksanaan Perkara Perjanjian 20 yang mengikat Sabah ke dalam Malaysia. Semua isu ini tidak boleh diselindungkan saja. Masalah rakyat Sabah juga masalah rakyat Malaysia. Anak Muda Malaysia tidak kira di mana termasuk kita di semenanjung harus memahami apa sebenarnya yang berlaku di Sabah. Sabah sebahagian dari kita, jika mata kiri sakit mata kanan berpotensi tinggi berjangkit.

Selama ini kita cuma dimaklumkan mengenai pandangan dan situasi Sabah melalui propaganda pihak tertentu sahaja. Ia mungkin ditambah atau disunting ikut kepentingan. SAMM berharap dengan lawatan kerja ini dapat melihat sendiri dan mengumpul suara pandangan anak muda Sabah yang sebenar. Selain dapat mencari titik temu kerjasama yang lebih erat dalam menyusun kebangkitan massa muda.

Kenyataan Media :

Khairul Fauzi Hj Muhammud
Penyelaras SAMM Kebangsaan
29 September 2011

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.