Home » Kenyataan Media

Penggemar judi nombor ramalan jauh beruntung dari pengguna prabayar

Submitted by on September 8, 2011 – 11:50 PMNo Comment
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membantah keras terhadap cukai 6% yang akan dikenakan kepada pelanggan Prabayar bagi semua pengguna syarikat telekomunikasi di negara ini. SAMM amat memandang serius dalam isu caj yang akan dikenakan ini,menunjukkan kerajaan tidak peka terhadap pengguna prabayar yang begitu ramai penggunanya.
Kerajaan juga harus sedar,para pengguna Prabayar ini bukanlah mereka daripada golongan yang mampu.Kebanyakan pengguna Prabayar terdiri daripada golongan pekerja kilang,buruh kasar,pelajar,golongan sederhana serta mereka yang berpendapatan rendah. Mewajibkan caj 6% ini,menunjukkan kerajaan hanya menjaga golongan korporat serta syarikat telekomunikasi yang sudah pastinya bebanan itu diletakkan kepada pengguna walaupun syarikat-syarikat ini menunjukkan keuntungan setiap tahun.
Mengenakan caj 6% ini juga,menunjukkan kerajaan tunduk kepada syarikat gergasi telekomunikasi seperti mana kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada astro yang menaikkan caj kepada pengguna tanpa melalui proses untuk mendapatkan kebenaran kerajaan seperti dakwaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
Kerajaan dilihat tunduk kepada kehendak syarikat-syarikat gergasi ini dengan tujuan mereka dapat melipat gandakan keuntungan dengan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh para pengguna.Bahkan kerajaan cuba memperbodohkan rakyat,menaikkan cukai-cukai perkhidmatan tanpa disedari oleh rakyat seperti penangguhan yang war-warkan oleh kerajaan seketika dulu untuk mengenakan GST kepada rakyat.
Justeru,SAMM menyeru kepada rakyat untuk membuka mata bahawa inilah bentuk-bentuk kezaliman serta bebanan kepada rakyat terutamanya golongan anak muda yang sedang membina kerjaya masa depan,dengan kenaikan harga barangan serta caj perkhidmatan yang dihadapi sekarang ini.
Hari ini rakyat terbeban dengan cukai “GST” atau seumpamanya yang dikenakan terus pada rakyat. SAMM ingin menarik perhatian dalam pada masa yang sama ketika rakyat hendak makan dicukai, hendak guna perbagai perkhidmatan dicukai tetapi sedarkah kita bahawa cukai GST atau seumpamanya ini tidak dikenakan ke atas industri nombor ramalan. Kenapa ini berlaku ? Nampaknya penggemar judi nombor ramalan nasib lebih baik dari pengguna prabayar di negara ini
Jika kerajaan peka terhadap masalah yang dibebani rakyat sekarang ini,SAMM mendesak supaya dihapuskan caj 6% terhadap pengguna khidmat prabayar seperti yang diumumkan.SAMM amat yakin jika kerajaan masih meneruskan dasar untuk membebankan rakyat ini,SAMM meminta rakyat agar menolak kerajaan pusat yang sedia ada kepada kerajaan baru yang lebih mesra rakyat dalam aspek kebajikan khususnya dalam perihal cukai.
Sekian
Zulkifli Haji Ibrahim
Pengarah Seketeriat
SAMM Pusat
8 September 2011

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.