Home » All Post

Rahsia ahli Umno no. # 000006

Submitted by on September 8, 2011 – 10:40 PMOne Comment
Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu ? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.
Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum. Salah seorang yang menyertai konvoi ini seorang yang meminati sejarah khususnya Johor yang hanya dikenali sebagai saudara Ezad cukup banyak membantu.
Salah satunya ialah rahsia ahli nombor 6, ketika penubuhan Umno itu sendiri. Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak.
Sedikit latar belakang,Sir Harold McMichael pada tahun 1945 telah ditugaskan oleh ‘London’ untuk mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu tetapi bila bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim (Johor), baginda Sultan telah tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Perbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim.

ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul.

Sultan sememangnya berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi Dato’ Onn pengasas Umno berusaha bersungguh – sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan Sultan.
Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak McMichale. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr. DR. CHARLES JOSEPH PEMBERTON PAGLAR diberi keahlian UMNO bernombor # 000006

Persoalanya kini
1.apa asas penubuhan UMNO ?
2.Umno tubuh dengan antara pengasasnya bukan Melayu?
3.perjanjian apa yang sungguh – sungguh diusahakan untuk tandatangan Sultan itu ?
4. Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang. Kalau nak tubuh organisasi baru ciptaan British tentu susah nak yakinkan orang ramai, Maka British telah membuat satu perjanjian untuk tubuh malayan Union. British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?
Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? che’GuBard bukan bijak sejarah, macam Khoo Kay Kim…nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan.

One Comment »

  • Yang Jujur says:

    Sedara yang dihormati, boleh tolong jelaskan sedikit persoalan yang saya ada?

    i. pada mulanya lagi saya berasa sangsi apabila sedara menyatakan ahli nombor 6 ini berasal dari Alor Gajah, Perak. Setahu saya Alor Gajah berada di Melaka.

    ii. Sedara tidak menyatakan dari mana fakta ini diperoleh. Apakah betul “Print Screen” fakta dan gambar Dr Paglar di atas menunjukkan Dr Paglar adalah orang British atau orang Barat yang ada muslihat untuk menjatuhkan orang Melayu? Jika betul, di manakah bukti lebih jelas?

    iii. Setakat ini, tiada gambar yang lebih jelas menunjukkan hubungan Dr Paglar dengan British yang berniat untuk menjatuhkan orang Melayu. Setakat teks tidak mencukupi untuk mengesahkan samada ia benar atau palsu. Mungkin hanya fitnah semata mata dari pihak yang dengki. Tetapi pada masa yang sama, terdapat banyak fakta, malah bukan setakat fakta, tapi terdapat banyak foto yang manjadi bukti bahawa UMNO telah banyak berjuang untuk Melayu, terutama sekali dalam hal berjuang untuk menjatuhkan Malayan Union (yang menggugat kedudukan orang Melayu dan kuasa Sultan) dan dalam memperjuangkan kemerdekaan sehingga terpaksa ke England untuk mendapatkan kemerdekaan. Tiada istilah mengeksploitasi orang Melayu dalam memperjuangkan kedua2 hal ini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.