Home » All Post

Rapat (pengurusan) SAMM Kebangsaan 02/11 akan diadakan di Shah Alam hujung minggu ini

Submitted by on September 22, 2011 – 12:43 PMNo Comment

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan rapat (pengurusan) kebangsaan kali kedua bagi tahgun 2011 selepas kali pertama diadakan di Rembau pada bulan Mei yang lepas. Rapat kali ini akan diadakan di Kompleks Perumahan (Exco) Kerajaan Negeri Selangor , Shah Alam pada 24 dan 25 September 2011 yang dijangka dihadiri oleh semua 32 pengarah dan penyelaras (pengurusan) SAMM peringkat kebangsaan dan negeri juga mewakili perbagai segmentasi anak muda termasuk pekerja dan mahasiswa.

Tumpuan Rapat kali ini ialah membincangkan ;

  • susun hala tuju dan program pecutan penyusunan anak muda (SAMM)
  • mengambil pendirian peranan dalam PRU
  • memutuskan status pendaftaran organisasi dan sistem keanggotaan dalam SAMM
  • mengeluarkan desakan / tuntutan anak muda Malaysia (resolusi) sebagai pedoman gerakan sehingga rapat akan datang
  • menyelaras dua projek dan aktiviti di setiap peringkat
  • perbincangan dan diskusi isu semasa
Sesi perbincangan dan diskusi sepanjang rapat ini akan didatangkan ‘orang sumber’ untuk memberikan perbagai input. Sekurangnya 6 orang sumber yang datang dari perbagai latar seperti pemimpin politik (parti pemerintah dan pembangkang), intelektual, aktivis, tokoh agama dan wartawan.
Rapat ini diadakan secara tertutup.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.