Home » All Post

Tidak kisah dan anggap ia perakuan SAMM berada dalam trek yang betul

Submitted by on September 28, 2011 – 2:25 PMNo Comment

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) , Ahad lepas (25 September 2011) telah mengistiharkan 12 resolusi hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat kebangsaan, negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda. Hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.

Bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program praktikal bersesuaian dengan resolusi tersebut.

Namun semalam muncul cakap – cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.

Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi

3. Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

Manakala semalam sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.

Untuk pengetahuan semua, SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana – mana cadangan SAMM. Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari – hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda. Bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.

Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakahir ini. Apapun ia baik untuk rakyat. Tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.

SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda. Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut. Kebangkitan proletariat muda harus disusun  untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat. Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal. Selaku Perdana Menteri rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada -pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama.

Kenyataan Media ;

Zulkifli Hj Ibrahim,
Pengarah Seketeriat Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
28 September 2011
http://www.anakmudamalaysia.com

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.