Home » All Post

WAJIB : PRU 13 hanya selepas selesai proses penambahbaikan

Submitted by on September 30, 2011 – 8:30 PMNo Comment

Pada 9 Julai yang lepas Himpunan Bersih 2 telah membuktikan bagaimana negara ini berada dalam krisis hilang kepercayaan rakyat mengenai proses pilihanraya yang bersih dan adil. Ini bukan sahaja di ukur dengan jumlah rakyat yang begitu komited dan serius berdepan perbagai sekatan untuk turun menyatakan bantahan aman tetapi juga diukur dari respon sepanjang kempen diadakan di seluruh negara.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengakui kepincangan yang berlaku dalam proses demokrasi pilihanraya Malaysia dengan akhirnya terpaksa akur untuk menubuhkah satu Jawatankuasa Khas Parlimen (Parliament Select Committee) untuk mengkaji dan menambahbaik sistem serta proses pilihanraya dalam negara ini. Proses ini walaupun masih terdapat kepincangan atau keraguan namun kerana kehendak rakyat yang tinggi untuk melihat proses penambahbaikan berlaku dalam proses pilihanraya ahli parlimen pembangkang yang mulanya ingin memboikot juga akhirnya akur untuk menyertai kerana memenuhi harapan tinggi rakyat.

Namun ini semua ini hanyalah proses retorik yang sia – sia jika PRU tetap diadakan sebelum selesai proses penambahbaikan tersebut. Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang pernah disiar media menyatakan tidak menolak kemungkinan PRU akan diadakan sebelum proses penambahbaikan selesai. Ini sungguh mengecewakan.

SAMM memandang serius perkara ini, perkara ini dibincang secara serius dalam Rapat (Pengurusan) Kebangsaan 02/11 yang baru diadakan dan diangkat menjadi bahan penting dalam resolusi rapat tersebut. Resolusi kedua dari 12 resolusi tersebut ialah

2. Demokrasi negara ini sedang ‘tenat’ apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambahbaikkan sistem pilihanraya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.

SAMM mendokong tuntutan BERSIH2  iaitu

1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Tanpa pelaksanaan tuntutan tersebut maka janji transformasi PRU hanya retorik Perdana Menteri Malaysia, malah lebih kianat lagi jika Perdana Menteri jika PRU dipanggil tanpa selesainya proses penambahbaikan itu selesai. SAMM tidak menolak untuk bersama mengembeling kekuatan untuk memobilisasi kekuatan rakyat secara fizikal untuk menolak proses pilihanraya jika ia terus diadakan tanpa selesai proses penambahbaikan yang disarankan.

Lebih parah lagi bukan sahaja proses pilihanraya itu diragui malah mutaakhir ini berlaku pula proses memberikan kerakyatan secara diragui dan dipercayai untuk tujuan membolehkan pendatang yang kebanyakannya masuk secara tanpa izin ini mengundi. SAMM sendiri baru ini membangkitkan mengenai beberapa penempatan warga asing yang majoriti memperoleh kerakyatan di Pekan, Pahang iaitu kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri. Sudahlah kes pemberian kad pengenalan yang dikenali sebagai ‘Projek IC Dr. M’ di Sabah belum boleh diperjelaskan kini strategi yang sama muncul dengan skala lebih besar. Kedaulatan dan keselamatan negara kini dipertaruhkan kerana kuasa politik.

SAMM juga menegaskan buat sekian kalinya bersama mendokong usaha murni Jawatankuasa kempen BERSIH 2.

Kenyataan Media ;

Badrul Hisham Shaharin
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia

30 September 2011

http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.