Home » All Post

Peneroka perlu bangkit menentang penipuan FELDA

Submitted by on October 15, 2011 – 3:13 PMOne Comment

 


Lihat nota penipuan dibahagian bawah yang hanya terdapat dalam resit jualan sawit yang terdapat dalam resit simpanan FELDA yang tidak diberikan kepada peneroka


Resit yang diberikan kepada peneroka tidak terkandung nota penipuan tersebut, kelihatan jelas tandatangan yang diturunkan di muka depan resit akan turut terdapat kesan tandantangan diresdit pendua yang ada nota penipuan kerana kertas karbon
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
15 Oktober 2011
Walaupun beberapa kes yang dibawa ke mahkamah telah membuktikan Felda bersalah menipu tetapi ramai yang masih tertanya – tanya adakah benar agensi sebesar Felda sanggup menipu peneroka yang 99% nya berbangsa Melayu. Ya memang, tidak perlu lagi mengupas isu penipuan penyelewengan dana dalam Felda tetapi cukup dengan pergi melihat sendiri perkara asas dimana peneroka ditipu berpuluh tahun.
Di atas dipamerkan resit penjualan sawit yang biasa digunakan di seluruh negara apabila peneroka menjual sawit ke kilang Felda. Ini berlaku seluruh negara. Jelas kelihatan salinan (dua di bawah) yang diberikan peneroka tidak ada nota penipuan. Manakala cuba lihat gambar (atas) dua resit yang disimpan Felda jelas terdapat nota berbunyi

“Penjual mengakui nilai mutu BTS dibawah KPG 18%, Penjualan BTS ini adalah diatas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar”

Ditegaskan nota ini merupakan nota penipuan felda.
  1. Jelas Felda cuba menipu dengan sengaja kerana tulisan tersebut tidak ditunjukkan kepada peneroka. Hanya resit simpanan felda tertera nota tersebut
  2. Hanya orang gila yang menjual hasil pertanian dengan menghadkan sendiri had maksimum kualiti barangnya supaya boleh dijual murah.
Kes seperti ini telah berlaku dalam kes klasik peneroka Kemahang sawan FELDA. Peneroka telah ‘mencuri’ sawit di ladang sendiri dan menjual di pusat pengumpulan Felcra. Perlu dipertegaskan Felcra di situ tiada kilang sawit hanya mengumpul sawit dan jual semula ke kilang Felda untuk proses. Di Pusat pengumpulan Felda nilai KPG sawit diiktiraf sebagai 20-25% yang sama yang Felda ambil dengan KPG 15-18%. Kes ini dibawa ke Mahkamah dan peneroka menang jutaan ringgit hasil keberanian mereka.
Walaupun kes seperti ini telah dibawa ke mahkamah dan jelas mahkamah memberikan kemenangan kepada peneroka kerana Felda jelas menipu tetapi kegiatan ini tetap berterusan. bayangkan dalam berpuluh tahun berapa billion sudah Felda menipu wang peneroka.
Itu belum masuk lagi kerakusan Pengerusi Felda yang baru ini dalam hal menguasai koperasi dan seumpamanya. Umno terus membodohkan orang Melayu di Felda kerana mereka tidak mahu semua ini terbongkar.
Ayuh bangkit semua peneroka, Umno tidak sedar diri jika tanpa peneroka Felda Umno sudah hilang kerajaan ini dalam proses pengundian lepas. Malangnya kita terus ditipu. Kepada anak-anak peneroka Felda dalam angin pilihanraya kuat ini jengoklah keluarga di penempatan Felda dan terangkan kepada mereka mengenai bagaimana Felda ini menipu peneroka.
Azlan Ishak
Penyelaras
SAMM segmentasi anak muda Felda dan luar bandar.

One Comment »

  • x miller says:

    Saya pernah bekerja di kilang sawit. Tapi bukan kilang felda. Amalan di sana nilai KPG diberikan oleh Pengurus kilang kepada pembekal buah sawit. Memang menjadi hak mutlak pengurus kilang untuk memberikan nilai KPG kepada mana-mana pembekal kelapa sawit ke kilangnya.

    Tapi pengurus kilang akan memberikan nilai KPG berdasarkan prestasi KPG yang dihasilkan oleh kilang itu sendiri. Kebiasaannya kalau prestasi KPG kilang tinggi maka nilai KPG yang diberi kepada pembekal buah sawit juga akan tinggi. ini kerana prestasi kilang sangat bergantung kepada kuaiti buah yang dibekalkan kepada kilangnya. Tapi banyak lagi perkara lain yang perlu diperhatikan untuk pemberian KPG kepada pembekal buah sawit.

    Dalam kes ini adalah tidak sesuai dan tidak adil kalau menggunakan nilai KPG FELCRA untuk dibandingkan dengan nilai KPG kilang felda. JIka nilai prestasi KPG di kilang ialah 20% maka nilai KPG yang diberi kepada pembekal buah mungkin sekitar 15% hingga 20% bergantung kepada perkara2 lain yang pengurus kilang harus nilaikan.

    Tapi kalau diberi lump sum 18% sangat tidak adil atau zalim kepada pembekal buah sawit yang berkualiti…..

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.