Home » All Post

SAMM NS kecam pelaksanaan GST secara senyap

Submitted by on October 4, 2011 – 7:15 AMNo Comment

SAMM (Negeri Sembilan ) hari ini menyatakan kekesalan terhadap kerajaan kerana telah bertindak membohongi rakyat dalam keadaan tidak sedar dan senyap dalam isu kenaikkan GST (government service tax).

Ini adalah berikutan tindakkan kerajaan yang telah melaksanakan cukai perkhidmatan 6% terhadap beberapa premis yang telah dikenalpasti antaranya ialah pembelian makanan restoran fast food seperti KFC, jualan makanan di kawasan R&R, dan rangkaian hiburan swasta ASTRO. Mungkin ia belum dilaksanakan secara menyeluruh tetapi cukup membuatkan rakyat derita dan tertipu setelah kerajaan telah mengistiharkan bahawa cukai GST ini ditangguhkan sebelum ia benar-benar sesuai untuk dilaksanakan.

Persoalannya adalah mengapa kerajaan tergamak mengenakan cukai GST secara berperingkat peringkat dalam keadaan senyap? Adakah kerana kerajaan sangat-sangat memerlukan dana untuk disalurkan bagi pilihanraya yang akan datang, maka secara senyap dan penipuan cukai ini dikenakan .

Lebih pelik apabila kerajaan bertindak mengenakan cukai terhadap rakyat terbanyak, tetapi tidak mengenakan sebarang cukai GST kepada pembeli-pembeli judi nombor ekor di seluruh Negara. Mengapa wujud pengecualian atau diskriminasi terhadap sesuatu premis itu? Adakah kerajaan menyokong perjudian hingga tidak mengenakan cukai kepada pembelinya sedangkan cukai rokok dinaikkan setiap tahun bagi tujuan sama.

Adakah cukai-cukai yang tidak dikenakan terhadap pembeli-pembeli judi bernombor ini disebabkan atas arahan dari cukong-cukong yang berselindung di bawah menteri-menteri tertentu?

Ini menjadi persoalan besar yang harus dijawab oleh kerajaan dan diselesaikan dengan pendirian yang tegas dan tidak berpilih kasih dalam menguruskan harta pendapatan negara.

Dengan itu, rakyat sudah mula melihat sikap kerajaan yang sanggup membohongi rakyat di kala rakyat bergelut dalam meneruskan kehidupan seharian yang kian mencabar dengan ‘cukai rahsia’ dan kenaikkan harga barang yang melambung. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang benar-benar tidak memenuhi aspirasi rakyat dan tidak sesuai untuk kembali dilantik sebagai pemegang amanah bagi menguruskan kekayaan negara. Kredibiliti kerajaan semakin dipersoalkan apabila bertindak secara flip flop atas beberapa isu-isu besar demi survival mereka .

Maka dengan ini, SAMM Negeri Sembilan membantah keras perlaksanaan GST ke atas rakyat dan menggesa kerajaan agar menghentikan serta merta kenaikkan cukai GST ini agar kerajaan dilihat fokus dalam matlamatnya mendahulukan rakyat dalam semua urusan dan seterusnya dapat meringankan beban rakyat yang sedang bertarung meneruskan hidup disebuah Negara yang kononnya sudah merdeka dan aman.

Kenyataan Terbuka :
Muhammad Saufi Miad
Penyelaras SAMM NS
4 Oktober 2011
www.anakmudamalaysia.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.