Home » All Post

Sasar 100,000 Risalah Sebelum Hujung November

Submitted by on October 18, 2011 – 11:59 AMNo Comment

25,000 siap cetak kami sasar 100,000 akan dicetak dan diedar menjelang hujung November

che’GuBard memberikan penerangan mengenai isu cincin di meja utama kelihatan Norazizi, s/u cabang Rembau, YB Taufek Pesuruhjaya PAS NS, YB Ravi (ADUN PKR P.Dickson), Datuk Chua Jui Meng dan YB Fuziah Salleh

muka depan risalah

antara hadirin yang dapat memasuki ruang ‘dewan’ di Pej. PKR Rembau (DUN Rantau)

bergambar selepas pelancaran

Gimik pelancaran bertukar kerana ribut di lokasi asal. Belon dipecahkan dan
ada booklet dalam belon. Gimik ini melambangkan usaha pemecahan tembok maklumat.

YB Fuziah sedang berucap

hanya kira – kira 500 orang sahaja yang berjaya masuk bersesak memenuhi ruang pejabat.
Kenyataan terbuka

17 Oktober 2011

Semalam ‘menumpang’ MATC Cabang Rembau telah diadakan Majlis ringkas memperkenalkan Booklet Penjelasan Isu Cincin RM24.45j dan pemborosan ‘Imelda’ Rosmah.

Sejak dari 8 Julai 2011 iaitu dari che’GuBard membuat pendedahan mengenai kemasukan cincin RM24.45 j yang dalam borang kastam (kotak penerima) tertera nama Rosmah Mansor perbagai usaha penafian termasuk dengan menyerang cheGuBard sendiri.

Maka setelah berbincang maka SAMM memutuskan untuk menerbitkan buku kecil setebal 16 m/s untuk dilancarkan pada 16 Oktober bagi menjelaskan kemasukan cincin berlian pada 16 April 2011 lalu.

Memang kebanyakan maklumat ada dalam internet, tetapi persoalan yang lebih penting ialah berapa peratus dari rakyat mampu ada akses internet. malah dari jumlah yang sedikit itu pula berapa ramai yang guna internet untuk mencari penjelasan alternatif mengenai isu negara. Majoriti masih terpedaya dengan propaganda murahan media perdana. Jika kita hanya khayal dalam internet maka kita akan bermain dengan kelompok penyokong yang sama.

Menyedari hakikat ini dan sedar isu cincin ini sudah diperkatakan di mana sahaja maka satu penjelasan lengkap harus dibuat. Buku ini akan menjelajah ke kawasan tapak sokongan regim. Maklumat propaganda murahan akan dipecahkan. Ini isu penting kerana sebuah negara pernah dicatakan hancur kerana ‘1st ladynya’ yang tamak, rakus dan sombong.

Semalam dijadualkan akan diadakan hi Tea untuk pelancaran selepas MATC Cabang Rembau, malangnya hujan ribut di Pekan Rantau telah memaksa program hanya diadakan di dalam ruang terhad pejabat PKR Rembau (DUN Rantau). Kami memohon maaf atas ketidak selesaan yang wujud. Ruang terhad hanya mampu semalam memuatkan kira – kira 500 orang itupun dalam keadaan berhimpit. Kita menjangkakan jika diadakan di lokasi asal dalam keadaan cuaca baik pasti lebih dari 1000 orang kehadiran.

Penghargaan kepada pimpinan yang sudi hadir bersama seperti YB Fuziah salleh, Datuk Chua Jui Meng, YB Taufek dan YB Ravi. YB Antony Loke yang telah berjanji untuk hadir malangnya tidak muncul sehingga akhir program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program semalam.

Di sini juga che’GuBard ingin melahirkan rasa kecewa kepada ‘hero-hero’ pimpinan PKR di Negeri Sembilan yang bersungguh – sungguh menghubungi ramai orang termasuk pimpinan yang dijemput untuk tidak hadir program semalam. Ini ialah perangai busuk yang merosakkan perjuangan. Namun bagi kami anak muda biarkanlah mereka ini tenggelam dan perasan menyusun diri dalam kabinet bayangan sahaja. che’Gubard ingatkan diri, kita buat kerja bukan kerana orang itu atau orang ini tetapi kita berjuang demi kewajipan melakukan perubahan yang kita yakini demi rakyat.

Program ini juga menjadi sasaran politik tidak matang Umno – Bn. Poster, Banner dan bunting bagi tujuan promosi program ini habis dicuri. Ketika kami sedar semua bahan promosi hilang hanya selepas 6 jam dipamerkan.

Ramai tertanya – tanya mana SAMM mendapat wang untuk membuat cetakan. Jujurnya SAMM tidak menerima mana – mana dana dari mana – mana pihak. Risalah ini kita masih hutang dengan pencetak. Sehelai risalah kos cetakan RM0.65sen/naskah + kos penerbitan RM 0.50sen/naskah. SAMM telah membayar kos cetakan RM16,250 dengan 4 keping ‘posdated cheque’ bertarikh 23 Okt, 30 Okt, 5 Nov dan 11 Nov.

Begini lah juga kita mencetak buku Fitnah ia dibayar dengan cara yang sama, sementara sampai ke tarikh satu – satu cek itu hendak ditunaikan maka SAMM akan cuba sungguh – sungguh untuk melengkapkan jumlah wang untuk cek tarikh akan datang.

Semua projek penerangan turun ke bawah kami disara oleh rakyat sendiri. Seperti booklet ini bernilai RM1.50 senaskah, maka kami rayu untuk sesiapa yang perhatin agar selepas mendapatkan risalah ini silalah ke bank dan masukkan RM1.50 (minima) ke akaun Solidariti Anak Muda 05012010074930 (bank Islam Malaysia Berhad). Sebarang kemasukan lebih dari nilai risalah amat dihargai. Ia akan membolehkan kami mencetak ulang risalah dan termasuk beberapa bahan baru yang lebih menggemparkan. Dengan berbuat demikian membantu merialisasikan 100,000 risalah sebelum hujung November.

Diharapkan dengan penerbitan booklet ini mampu mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemborosan orang yang menyamar “1st Lady Of Malaysia”. Kepada Najib dan Rosmah SAMM memberikan amaran ubah cara hidup jika tidak kamu akan kami ubah.

Booklet ini akan diedarkan dengan strategi tersendiri menembusi kawasan-kawasan sasaran yang merupakan tapak sokongan regim penguasa. Jika penyokong PR ingin memiliki risalah ini cara paling mudah ialah dengan hadir ke lokasi – lokasi program che’GuBard di seluruh negara (jadual dalam blog che’GuBard) atau semua yang membeli Buku Fitnah selepas 16Okt. akan juga dapat booklet ini secara percuma.

Kepada mana – mana pihak yang mahu mengedarkan risalah ini sendiri di kawasan masing-masing harap dapat menaja dengan menanggung kos RM300 (bagi satu bundle 400).

Kepada orang Umno/Bn yakinlah dengan mengekalkan Najib dan Rosmah akan mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn itu sendiri. Ikrar kami anak muda kan bersunggguh – sungguh epenuh daya upaya akan memastikan Najib/Rosmah merupakan Perdana Menteri terakhir yang datang dari regim pewaris penjajah. SAMM percaya proses reformasi menyelamatkan negara hanya akan bermula selepas regim tumbang di tangan kuasa rakyat.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.