Home » All Post

Ayuh bersama MTUC berdemo

Submitted by on November 3, 2011 – 6:08 AMNo Comment

SUBJEK : Piket / demonstrasi MTUC menentang pindaan akta pekerja

TARIKH : 3.11.2011

MASA : 5.00pm-6.30pm

Secara ringkas, Piket MTUC esok(3 Nov) akan berlangsung seluruh negara di lokasi-lokasi berikut;

WP KUALA LUMPUR : Jalan Raja Laut depan KWSP

SELANGOR : Petaling Jaya – Jalan Barat (depan TWU), Shah Alam – Section 15 dan depan Proton, Klang – Bukit Rajah depan Jusco Telok Panglima Garang – depan Toshiba, Rawang – Jalan Utama Sg Choh

P.PINANG : Depan Pearl View hotel Prai

KEDAH : Depan Sime Tyres International Mergong

PAHANG : Depan Masjid Negeri Kuantan.

JOHOR : Depan Masjid Jamek Kg Pasir Bt 5 Skudai

N.SEMBILAN
Padang Majlis Perbandaran Seremban

PERAK
Depan Bangunan MTUC Perak

MELAKA
Depan air terjun Air Keroh Jalan Bukit Beruang

KELANTAN
Depan Trade Centre

SABAH
Depan hotel Tang Dynasty

Info sahih dari MTUC Nationwide

SAMM sebagai penggerak anak muda radikal mengambil pendirian tegas menentang keras pindaan akta pekerja yang meletakkan golongan pekerja penyumbang ekonomi negara menjadi setaraf dengan buruh asing, malah mungkin lebih teruk.

Sebagai membuktikan ‘perlaksanaan kata-kata’, semua anggota SAMM di seluruh negara akan bersama MTUC menyertai piket ini lantas mengangkat martabat dan membela nasib golongan pekerja.

Semua penyelaras SAMM negeri juga sudah bersedia dan akan bertindak seperti yang dirancang bagi menjayakan piket penting ini.

Ayuh keluar dari kepompong kesabaran kerana nasib anak bangsa terletak di tangan kita semua, samada untuk melihat anak-anak kita menjadi hamba kuli kapitalis atau sekurang-kurangnya mempunyai satu suara yang menafikan golongan cukong dan konglomerat memerah keringat tanpa tanggungjawab sewajarnya ke atas golongan pekerja rakyat Malaysia.

Kerahlah diri anda untuk berada di lokasi piket terdekat, atau anda dikerah sehabisnya untuk berdekad-dekad!

Di maklumkan cheGuBard, Pengerusi Penyelaras SAMM Kebangsaan akan turut serta dalam demonstrasi di Pulau Pinang

EDYES SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
[email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.