Home » All Post

Bisu mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel : SAMM akan bentang bukti depan pengundi Jeli

Submitted by on November 8, 2011 – 11:31 AMNo Comment

Siaran Umum
Seketeriat SAMM Kebangsaan
8 Nov 2011

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten sejak dua tahun kebelakangan membangkitkan isu hubungan dagang Malaysia – Israel. Isu ini telah diangkat oleh YB Er Teck Hwa (ahli Parlimen Bakri) sebagai soalan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam ucapan perbahasannya pada 17 Oktober 2011 yang lalu.

Namun pada 31 Oktober 2011, Menteri Dato’ Mustafa Mohamad telah bangun ke di Parlimen untuk menjawab soalan mengenai kementerian yang diwakilinya telah tidak menjawab soalan hubungan dagang dengan Israel. Ahli Parlimen Bakri walaubagaimanapun telah bangun beberapa kali mencelah meminta penjelasan mengenai hubungan Malaysia dan Israel. Mustafa terus membisu dan tidak tahan dengan asakan Mustafa diselamatkan oleh Yang Di Pertua Dewan dengan mengarahkan ahli Parlimen Bakri keluar. Di rekodkan ahli parlimen bakri telah diusir keluar secara fizikal oleh Bentara dewan kerana memohon penjelasan mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel.

SAMM melihat perkara ini dengan serius. Kembali kepada kuasa rakyat. Maka SAMM dengan kerjasama Pemuda PAS Kelantan akan mengadakan satu ceramah umum bagi membentangkan bukti-bukti hubungan dagang Malaysia – Israel di hadapan pengundi kawasan menteri berkenaan di Jeli.

Semua di jemput hadir dan menyebarkan makluman ini.

CERAMAH UMUM
‘BENTANG BUKTI HUBUNGAN DAGANG M’SIA-ISRAEL’
10 November 2011
9.00 malam
Markas UPU, Ayer lanas, Jeli
bersama che’GuBard (SAMM) dan Ust Hafiz Musa (DPPK)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.