Home » All Post

Kenyataan Rasmi MP Bakri Isu Perdagangan Malaysia-Israel

Submitted by on November 2, 2011 – 8:50 AMNo Comment

 

Dalam ucapan saya ketika perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2012 bertarikh 17 Oktober yang lalu, saya telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel. Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah enggan menjawap soalan yang saya kemukakan ini sehingga menyebabkan saya telah diarahkan keluar dari Dewan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Tujuan saya hanyalah untuk meminta penjelasan Menteri adakah kenyataan yang dikeluarkan di laman web www.anakmudamalaysia.com berhubung isu ini tepat atau tidak? Isu ini penting untuk diperjelaskan kerana Malaysia sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel. Bagaimana pula boleh wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang di antara Malaysia-Israel?

Dengan keengganan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawap soalan yang dikemukakan saya ini seolah-olah menunjukkan terdapat “udang disebalik batu”. Pihak Kerajaan cuba untuk menyorokkan sesuatu disebalik keengganan Menteri menjawap soalan saya. Malahan, dalam ucapan saya ketika perbahasan tersebut, saya hanya meminta Menteri untuk menjawap benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau untuk sebuah majalah promosi perdangangan Isreal, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade this continent. “

Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam Malaysia namun, keseluruhan rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini. Sudah pastilah, sebagai sebuah negara yang cintakan kedamaian, kita tidak mahu Negara Malaysia yang tercinta ini turut sama terheret sebagai antara sebuah Negara yang memberikan keuntungan kewangan kepada Negara Zionis Israel untuk membina peralatan senjata dan terus meratah tubuh anak kecil dan penduduk Palestin.

 

 

Apakah keengganan Menteri untuk menjawap soalan saya ini merupakan satu hipokrasi Kerajaan BN pimpinan UMNO? Mereka kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis Israel namun pada hakikatnya, merekalah yang bersekongkol dengan Israel. Kita masih ingat mengenai APCO Worldwide. Inilah yang dikatakan sebelah tangan mereka seolah-olah simpati dengan nasib rakyat Palestin, sebelah tangan lagi mereka membantu menyegarkan ekonomi Israel.

Isu ini bukanlah satu isu kecil kerana ia turut melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia. Ketika ini, dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin. Malaysia turut merupakan sebuah Negara yang vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel dan Negara yang aktif menyalurkan sumbangan kemanusiaan kepada penduduk Palestin. Namun, kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi dengan keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Atas rasa kebertanggungjawaban saya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat dan perasaan keinsafan sebagai seorang insan terhadap kesengsaraan rakyat Palestin, maka, saya mendesak Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memberikan penjelasan berhubung isu hubungan dagang Malaysia-Israel agar reputasi dan inisiatif Malaysia untuk memperjuangkan isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza tidak dipandang serong oleh komuniti Antarabangsa.

Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri
01.11.2011

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.