Home » All Post

Konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’ SAMM

Submitted by on November 17, 2011 – 1:46 PM2 Comments

 

Gambar ketika permulaan Konvoi Raksasa Rembau-Permatang Pauh SAMM pada Akhir 2010

Kenyataan Umum

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
17 November 2011

Sebagai anak muda yang berusaha melakar sejarah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan sebuah konvoi sempena ulangtahun ke-26 peristiwa Memali yang berlaku 19 November 1985. Konvoi yang diterajui sendiri oleh Ketua Penyelaras SAMM Chegubard, akan bermula dari Seremban dan singgah di Pulau Pinang untuk berkumpul dengan komrad SAMM dari utara sebelum meneruskan perjalanan ke Memali.

Konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’ anjuran SAMM adalah bagi memperingati tragedi berdarah Memali yang memperlihatkan kekejaman kerajaan Malaysia menyerang kedudukan Ustaz Ibrahim Libya di Memali, Baling. Kesudahannya, 14 orang pejuang Islam termasuk ustaz Ibrahim Libya telah shahid di medan mempertahankan Islam, dan berpuluh yang lain telah ditahan serta dipenjarakan.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak. Tetapi pihak kerajaan telah menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini adalah ‘bughah’, iaitu penderhaka kepada pemerintah.

Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya. Pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN, telah dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.

Sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis, bughah dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-shahid.

Bagi SAMM, sejarah ini harus diperbetul dan maruah semua waris perlu dikembalikan. Selama 26 tahun lamanya waris Memali menanggung keperitan hidup, dicela dan dihina. Tidak keterlaluan untuk fail sejarah ini dibuka semula dan dikaji oleh pengamal sejarah yang ahli. Jika as-syahid yang terdiri daripada penegak agama Allah di bumi Memali ini sebenarnya tidak bersalah, maka SAMM berjanji untuk pastikan sejarah ini kembali diubah lantas waris wajib diberi penghormatan serta pampasan yang setimpal.

Atas faktor mencari kebenaran, SAMM sendiri akan meredah belantara untuk menemui saki-baki beberapa waris dalam program konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’. Selain dari itu, sumbangan dari poket kecil anak muda SAMM juga akan disalurkan kepada waris Memali. Biar kecil sumbangannya asal besar pengertiannya. Konvoi ini juga sepenuhnya menggunakan perbelanjaan sendiri, sebagaimana resam anak muda yang mengejar Fisabilillah.

Konvoi akan mula bergerak dari Seremban pada malam hari Jumaat(18hb November) dan seterusnya akan menghabiskan sepanjang hari Sabtu di Memali. Salah satu rumah waris juga akan dipilih untuk diadakan bacaan Yasin. SAMM juga akan turut bersama dalam program PAS pada hari yang sama sempena ulangtahun memperingati peristiwa Memali.

Aktiviti konvoi membawa anak muda mengenali sejarah merupakan satu tuntutan demi melihat kekejaman yang dilakukan oleh sang penguasa penerus legasi penjajah. Dari pengamatan sejarah kejam ini, akan membawa anak muda SAMM mencipta sejarah !

Keras lawan keras, Api lawan API !

Yasir Sheikh Abdul Rahman
Penyelaras SAMM Segmentasi Anak Muda
www.anakmudamalaysia.com

2 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.