Home » All Post

Majlis Pelancaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) Peringkat Negeri Melaka.

Submitted by on November 23, 2011 – 12:32 AMNo Comment

Tanggal 13 November 2011 Solidariti Anak Muda Malaysia melebarkan lagi sayapnya ke negeri Melaka dengan secara rasminya SAMM Melaka telah dilancarkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia pusat iaitu Che’guBard.

Betempat di Jazim Motivation Group, Kompleks Perniagaan Al Azim, Bukit Baru Melaka. Majlis di mulakan dengan ucapan pengerusi majlis saudara Mahadir Mohamad dan Ucapan doa oleh Saudara Hamran Omar. Saudara Edy Noor Reduan atau lebih dikenali sebagai Edyess telah menyampaikan penerangan berkaitan SAMM kepada tetamu khusunya kepada anak muda yang hadir.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh saudara Zuraidi bin Abdullah selaku Penyelaras SAMM Melaka dan seterusnya ucapan yang ditunggu-tunggu oleh para hadiran adalah ucapan oleh Pengerusi SAMM Saudara Badrul Hisham Shaharin @ Che’guBard. Dalam ucapan tersebut Che’guBard telah menerangkan tentang sejarah sebenar yang telah ditipu dan dipadamkan dari pengetahuan rakyat oleh Regim Penguasa dan sebagai anak muda apakah tanggungjawab kita kepada tanah air.

Dalam ucapan itu juga Che’gu Bard telah melancarkan secara rasminya SAMM Melaka. Che’gu Bard juga berkesempatan menyampaikan ucapan berhubung isu dagangan Malaysia dengan Israel dan menerangkan kepada tetamu dan sekali gus melancarkan Booklet Cincin Emelda Rosmah peringkat negeri Melaka. Di dalam majlis tersebut juga Bloggers Tukar Tiub ataupun Saudara Hishamudin Rais juga menyampaikan ucapan berhubung tanggungjawab dan hala tuju anak muda. Saudara Isham juga ada memberi cadangan dan kata sokongan bagi memntapkan Solidariti Anak Muda Malaysia.

Nasihat tersebut telah diterima baik oleh Pengerusi SAMM Che’gu Bard dan seluruh anak muda yang hadir. Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemotongan kek Istimewa SAMM Melaka oleh Che’gu Bard dan seterusnya sessi ramah mesra dan jamuan ringan. Kehadiran tetamu pada malam itu khusunya anak muda mendapat sambutan yang cukup baik dan memberangsangkan. Perubahan Harus Di Desak dan Bukan Ditunggu.

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-kata.”

ZURAIDI BIN ABDULLAH
Penyelaras S.A.M.M Negeri Melaka

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.