Home » All Post

M’sia di bawah tangga purata indeks persepsi rasuah

Submitted by on November 3, 2011 – 12:30 PMNo Comment

Malaysia berada pada kedudukan ‘di bawah purata’ dalam satu kaji selidik tentang kemungkinan syarikat-syarikat memberi rasuah ketika menjalankan perniagaan di luar negara.

Kaji selidik Transparency International ke atas 28 buah negara mendapati bahawa Malaysia mencatatkan 7.6 mata, iaitu di bawah mata purata sebanyak 7.8 daripada 10 mata penuh (tidak kemungkinan langsung memberi rasuah).

Jirannya Singapura dan Indonesia masing-masing mencatat 8.3 dan 7.1 mata.

“Ini adalah prestasi biasa bagi Malaysia, di mana kita berada sama ada sedikit di atas atau di bawah tangga purata,” kata presiden Transparency International Malaysia Paul Low.
“Tetapi Malaysia, walaupun kecil, mempunyai kadar penyertaan tinggi dalam perdagangan antarabangsa… jadi masih banyak ruang untuk penambahbaikan prestasi.”

Kaji selidik itu dijalankan ke atas 3000 eksekutif perniagaan dari negara maju dan membangun, termasuk 148 syarikat yang berpangkalan di Malaysia yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

Keputusan terbaru itu, bagaimanapun menunjukkan peningkatan yang ketara sejak tahun 1999 apabila Malaysia hanya mampu mencatatkan 3.9 mata. Ia menunjukkan bahawa ahli perniagaan Malaysia mungkin merasuah syarikat-syarikat lain dan pegawai-pegawai di luar negara.

Peningkatan konsisten juga direkodkan sejak negara mencatatkan 4.3 mata pada tahun 2002 dan 5.6 pada tahun 2006.

Keputusan terbaru itu adalah yang terbaik sejak indeks itu mula-mula diperkenalkan pada tahun 1999.

Low berkata Transparency International juga mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian dalam melaksanakan Konvensyen Bangsa Bersatu Ke atas Rasuah termasuk menjenayahkan rasuah.

“Dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, komitmen untuk memerangi rasuah perlu tegas dan jelas,” katanya.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.