Home » All Post

SAMM ke Bukit Jalil Untuk Perlawanan Malaysia-Syria !!

Submitted by on November 22, 2011 – 3:39 PMOne Comment

Simbolik – Garuda dikejar Harimau Muda !

SAMM bersama Ultras Malaya menyokong Harimau Malaya dari Seksyen 7 Shah Alam

SAMM dan Ultras Malaya meraikan kejayaan pasukan kebangsaan. Turut bersama pemenang cabutan bertuah.

KENYATAAN UMUM
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
22 November 2011

Tahniah buat pasukan Harimau Muda!!

120 minit yang amat mendebarkan semua pengunjung Restoran Al-Hakim Seksyen 7 Shah Alam, di mana Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) , mahasiswa SMM dan kumpulan Ultras Malaya berhimpun menonton perlawanan Akhir acara bolasepak sukan SEA ke-26.

Walaupun telah berhempas-pulas memenangi pingat emas sukan SEA, namun ia bukan suatu pelepasan cuti buat skuad bawah-23 kebangsaan. Pasukan Harimau Muda yang sama ini juga, yang telah menumbangkan ego tuan rumah sukan SEA iaitu Indonesia pada malam tadi, akan bertemu Syria pula dalam kelayakkan Sukan Olimpik pada malam esok!!

Komrad SAMM mengucapkan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mempertahankan ibu segala pingat dalam sukan SEA iaitu emas dalam acara bolasepak. Kejayaan itu tidak datang dengan mudah tetapi dengan hanya semangat juang yang tinggi dan faktor pertahan maruah juga merupakan peranan penting merebut kejuaraan.

Edisi sukan SEA dua tahun lalu, pasukan Harimau menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas. Kejayaan kali ini dilihat oleh SAMM sebagai lebih manis apabila kita bukan sahaja pertahankan pingat emas tersebut, tetapi menumpaskan Indonesia pada ‘saat Malaysia dicerca sepanjang temasya’ adalah suatu yang amat bersignifikasi.

Bagi SAMM, tahap persembahan dalam perlawanan malam tadi tidak lagi menjadi ukuran. Menjengah ke perlawanan akhir sukan SEA acara bolasepak sudah membuktikan betapa pasukan negara bukanlah calang-calang pasukan. Malaysia dan bolasepak tidak lagi dikaitkan dengan pasukan belasahan, Malaysia dan bolasepak juga tidak lagi kenali sebagai jaguh kampung.

Adalah menjadi kebanggaan apabila malam tadi Malaysia muncul juara acara bolasepak sukan SEA untuk dua tahun berturut-turut. Harapan anak muda SAMM agar pasukan pelapis Harimau Muda berjaya mendapatkan hatrik dalam mempertahan pingat emas di temasha sukan akan datang yang dijangka jatuh pada 2013.

Garuda sudah dibaham harimau, tetapi halangan berikutnya tidak jauh di depan. Untuk perlawanan menentang Syria malam esok (23 November), komrad SAMM juga akan turun ke Stadium Bukit Jalil beramai-ramai untuk memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya. SAMM juga menyeru kepada semua anak muda untuk hadir ke stadium sebagai bukti menjunjung semangat kecintaan terhadap tanahair.

Dalam aktiviti anjuran SAMM kebangsaan kali ini, che’GuBard ketua penyelaras SAMM juga akan turut bersama ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan negara.

Perlawanan menentang Syria adalah satu tugas berat buat skuad negara, namun dengan ‘gelora’ Bukit Jalil yang penuh ia pasti menjadi suatu kelebihan buat sang harimau muda.

Semoga malam esok Harimau Malaya berjaya kekalkan rentak sang juara! Bertemu Syria dalam kondisi kepenatan mengharungi jadual perlawanan yang padat sukan SEA, adalah suatu yang amat mencabar. Persetankan rasa penat itu, kami anak muda SAMM di belakang Harimau Malaya!!

Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

One Comment »

Leave a comment to rangerpaskal

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.