Home » All Post

AZIZAN PENGGODAM BUKU JINGGA

Submitted by on January 23, 2012 – 2:08 PMNo Comment

Kenyataan Umum

Solidariti Anak Muda Malaysia

23 Januari 2012

AZIZAN PENGGODAM BUKU JINGGA

AUKU adalah undang-undang draconian yang dicipta oleh regim Barisan Nasional untuk meghalang dan menyekat kebangkitan mahasiswa pada era 70an. Sehingga kini undang-undang ini masih digunapakai untuk menyekat kebebasan mahasiswa walaupun terdapat beberapa pindaan yang hanya bersifat kosmetik.

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) segmentasi mahasiswa mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaaan PAS Kedah pimpinan Azizan Razak menggunakan akta zalim ini untuk menyekat kebebasan bersuara dikalangan mahasiswa. Azizan Razak seharusnya lebih bersikap professional dan terbuka dalam menangani masalah berkaitan mahasiswa.

Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah dari PAS Azizan Razak secara jelas telah bertindak menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti Insaniah(KUIN) di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Selaku MB kedah beliau harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga dianggap retorik dikalangan mahasiswa. Walaupun memerima banyak kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa Azizan Razak masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut. Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.

SAMM melihat cara dan tindakan Azizan ini adalah satu penghinaan jelas kepada gerakan mahasiswa secara keseluruhanya. Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang pemikiran mereka tidak boleh dijajah sewenang-wenangnya. Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.

SAMM berangapan mahasiswa adalah golongan yang tiada kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan jika Azizan terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah jangan terkejut sekiranya mahasiswa dengaan segala kekuatan yang ada bertindak menjatuh dan memghumban pemimpin ini dalam PRU 13 nanti. Azizan harus bersedia menerima balasan dari setiap tindakanya membelakangkan suara mahasiswa.

Wan Farel

Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM

www.anakmudamalaysia.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.