Home » All Post

Retorik Slogan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan’: Sindrom Penafian Isteri Perdana Menteri

Submitted by on January 25, 2012 – 5:15 PMNo Comment

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
25 Januari 2012

Retorik Slogan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan’: Sindrom Penafian Isteri Perdana Menteri

Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik keprihatinan akhbar Australia The Sydney Morning Herald yang mendedahkan perbelanjaan mewah seorang isteri pemimpin utama negara sewaktu percutian di Sydney baru-baru ini. Terbaru, Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp turut mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya segali gus menyokong dakwaan oleh wartawan Andrew Hornery yang mendakwa DS Rosmah belanja lebih RM300,000 masa cuti di Sydney.

Pendedahan tersebut telah dinafikan segera oleh isteri pemimpin tersebut dengan alasan yang cukup lemah sedangkan pendedahan itu perlu dinafikan beserta dengan fakta dan bukti bahawa dakwaan akhbar tersebut memfitnah beliau. Penafian yang lemah itu amatlah tidak bertanggungjawab!

Sebelum ini Pengasas SAMM Badrul Hisham Saharin lebih dikenali dengan Che’GuBard juga pernah membuat pendedahan kemasukan cincin berlian berharga RM24Juta. Namun jawapan yang diperolehi ketika itu amat mengecewakan di mana rakyat hanya disajikan dengan jawapan penafian isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor seolah-olah melepaskan batuk di tangga, cukup lemah dan dangkal. Sedangkan kesedaran rakyat begitu meluap-luap untuk mendapat kepastian apakah wang dan harta negara telah digunakan sewenangnya?

Penafian yang bersahaja ini menyebabkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terpaksa memberi jawapan secara bertulis di dalam Parlimen yang akhirnya dakwaan kewujudan dan kemasukkan ke cincin berlian RM24 juta ke bumi Malaysia adalah disahkan benar-benar berlaku.

Sikap tidak bertanggungjawab Rosmah Mansor dengan muka ‘selamber’ tanpa rasa bersalah serta jawapan menteri tersebut tidak diakhiri dengan keinsafan kepada Allah S.W.T tetapi masih meneruskan perlakuan berbelanja secara boros dan mewah tanpa mempedulikan keperitan serta penderitaan rakyat. Rosmah masih bersikap tidak acuh dalam aksi penafian ketika wartawan akhbar dari Australia itu terus mempertahankan dakwaan pemborosan Rosmah.

SAMM di sini ingin menyoal dan perlu dijawab terus oleh Rosmah Mansor, bukan berselindung di sebalik individu lain yang bertindak cuba mempertahankan Isteri Perdana Menteri hingga terserlah ‘kebalacian’ mereka!

Pertama daripada sumber kewangan/duit mana perbelanjaan rosmah secara mewah itu daripada persoalan cincin hingga dakwaan akhbar Australia beberapa kali sebelum ini termasuk yang terbaru oleh akhbar The Sydney Morning Herald ? Manakala persoalan kedua, apakah keistimewaan Rosmah Mansor hingga tiada tindakan daripada SPRM serta PDRM tetapi sekadar menafikan melalui jawapan-jawapan ‘sampah’ daripada seorang yang digelar ‘First Lady of Shopping’ atau FLOS baru-baru ini ?

Justeru, SAMM menyeru cabaran gelanggang rakyat secara terbuka agar Rosmah Mansor bertindak menyaman akhbar yang berpengkalan di Australia tersebut serta menjawab persoalan cincin yang masuk dan kononnya keluar semula dari negara ini sepertimana risalah Pemborosan Rosmah yang diterbitkan oleh SAMM. Antara persoalan yang masih tidak terjawab sehingga hari ini ialah, mengapa wujud nama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tertera dalam rekod kemasukan cincin RM24juta di dalam borang Kastam DiRaja Malaysia.

Di atas segala pemborosan yang tidak berkesudahan seorang isteri Perdana Menteri seolah-oleh diselindung dan dihalalkan, rakyat dirayu untuk menolak semua calon Barisan Nasional dalam PRU-13 ini kerana sikap boros, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka. Rakyat perlu memberi pengajaran total buat Barisan Nasional selain memberi laluan kepada sebuah kerajaan baru untuk menguruskan kerajaan pusat dengan lebih telus dan penuh kebertanggungjawaban.

Untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Asalkan Bukan Umno / ABU.

Zulkifli Ibrahim
Penyelaras Pusat
Soladiriti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.