Buku Lucah Kanak-Kanak: Pemuda Umno Tepuk Air Dalam Dulang Kena Muka Sendiri
21 Febuari 2012
PEMUDA UMNO TEPUK AIR DALAM DULANG KENA MUKA SENDIRI
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong usaha Pemuda Umno mahu buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From’ atau ‘Dari Mana Saya Datang’, yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan dihentikan penjualanya segera.
Buku ini menurut Pemuda Umno harus dihentikan kerana memaparkan ilustrasi kartun bentuk lelaki dan wanita yang lengkap dengan alat kelamin masing-masing. Dalam sidang media semalam Pemuda Umno memperlihatkan pada wartawan buku itu juga mengandungi ilustrasi aksi lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks. Khuatir ia memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak maka pemuda Umno mendesak Kementerian Dalam negeri mengkaji penjualan buku tersebut. Malah dalam sidang media tersebut Pemuda Umno menyifatkan penjualan buku itu adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.Satu memo bantahan akan dihantar esok umum mereka.
Lebih menghairankan lagi dalam keadaan Pemuda Umno kononnya amat prihatin dengan pengaruh buku ilustrasi tersebut kepada kanak – kanak tetapi dalam pada masa yang sama mereka atau sekutu mereka terlibat mengedar video aksi seks kepada umum termasuk mengedarkan gambar ‘real’ aksi lucah termasuk aksi seks yang telah di ‘superimpose’ dengan wajah pemimpin PR.
Ini amat hipokrit sebenarnya. Pemuda Umno yang membuat sidang media dengan penuh kerisauan mengenai bagaimana buku ilustrasi boleh menjejaskan kanak – kanak seharusnya juga risau dengan budaya politik lucah bawaan Umno yang tidak berkesudahan.
Pengarah Seketeriat Kebangsaan