Home » All Post

Politik Gengster: Umno Harus Dipertangungjawabkan

Submitted by on February 28, 2012 – 6:15 PMOne Comment
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
28 Februari 2012

Politik Gengster: Umno Harus Dipertangungjawabkan

Umno sedang membawa suasana politik negara ke satu suasana yang kurang sihat. Umno yang semakin lemah sedar mereka telah gagal untuk menggunakan otak bagi berhujah, juga malu dengan Najib yang tidak berani berdebat maka Umno menggunakan keganasan mengganggu program pendidikan politik rakyat.

Ditegaskan Umno lah yang bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku. Ia merupakan keganasan terancang dan sememangnya strategi Umno mutaakhir ini. Serangan fizikal terhadap anwar ibrahim di Sembrong, serangan terhadap Nurul Izzah di felda lepir, serangan bersifat perkauman di Jalan Kebun dan Rantau (N.Sembilan), serangan terhadap mahasiswa di Kg Idaman Kelang dan terbaru serangan gansgter libatkan pimpinan umno terhadap Lim Guan Eng sehingga mencederakan wartawan di Padang Kota Lama, semuanya tindakan terancang Umno.

Di bawah antara gambar pemimpin umno bersama dengan gangster

Gambar YB senator Md Nor Ezam bersama dengan ketua penyerang jalan kebun yang konon sedang diburu polis. Ezam merupakan antara senarai bakal calon boleh menang di kawasan itu. Adakah antara calon boleh kreterianya menggunakan gansgter menyerang program rakyat khususnya orang india?

Ini pula gambar dato helmi yahya bersama dengan antara kumpulan penyerang yang menyerang Lim Guan Eng baru minggu lepas. Serangan tersebut juga disertai pimpinan utama umno Pulau Pinang.

Rakyat juga seharusnya tidak lupa bagaimana perjumpaan Dato Seri Hishamudin bersama dengan kumpulan pijak kepala lembu hina agama hindu di Shah Alam.

SAMM juga simpati dengan polis yang terpaksa menjadi ‘kuda’ kepada Umno. Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana umno melindungi gansgter ini.

Walaubagaimanapun rakyat perlu tenang kerana perkembangan ini merupakan perkembangan biasa bagi regim hujung usia. Seperti di mesir ketika di hujung usia pemerintahan, regim Husni Mubarak menggunakan pendekatan keganasan dan kekasaran untuk menghalang kebangkitan rakyat Mesir. Akhirnya regim Hosni tumbang di tangan rakyat

Oleh sebab itu rakyat Malaysia perlu menolak regim Umno seterusnya mengekang politik ganas, samseng dan ugut-mengugut yang menjadi budaya Umno.

EDY NOOR REDUAN (EDYES)

Pengarah Propaganda SAMM

One Comment »

  • Bain Levi's says:

    Itulah kita jangan sampai dikatakan berotak tapi tak berakal. Jangan anggap Negara ini kita punya. Malaysia adalah hak bersama, mengapa perlukan keganasan yang tak bertempat. Takbir ……!!!!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.