Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

SAMM Gegar Parlimen Hari Ini(26Mac) Dedah Butiran Hubungan Dagang M’sia-Israel!!

Submitted by on March 26, 2012 – 9:34 AMNo Comment
Kenyataan Terbuka
24 Mac 2011

 

SAMM KE PERLIMEN DEDAH BUTIRAN DAGANG MALAYSIA BANTU ISRAEL

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri kerana telah dua kali membawa isu yang dibawa oleh SAMM iaitu membongkarkan hubungan dagang Malaysia membantu Israel ke arah mendesak regim ini segera menghentikanya. Teck Hwa telah bekerjasama dengan SAMM dengan membawa bahan – bahan yang disediakan oleh SAMM ke Parlimen Malaysia.

7 November lepas Teck Hwa telah bangun beberapa kali kerana kegagalan Menteri berkaitan untuk memberi respon mengenai peranan Malaysia selaku negara ke 15 dunia yang bersungguh – sungguh membantu ekeonomi Israel sebagai rakan dagang. Pada persidangan lepas Menteri hanya berselindung disebalik perdagangan berlaku atas kehendak syarikat asing yang melabur dalam negara. 21 Mac lepas di Parlimen Malaysia Teck Hwa sekali lagi membawa isu berkaitan Israel yang dibangkitkan SAMM iaitu hubungan dagang melibatkan sawit Malaysia.

Cuma kali ini sedikit kontroversi apabila berlaku kekeliruan antara Felda dan Felcra. Serentak dengan itu juga berlaku penafian oleh Menteri yang terbabit.

Sehubungan dengan itu SAMM akan tampil ke bangunan Parlimen Malaysia bersama YB Er Teck Hwa dan beberapa ahli parlimen lain akan membuat sidang media di lobi berkenaan perkara ini pada 26 Mac sekitar jam 12.00 tengahari. SAMM akan memperlihatkan dokumen – dokumen asal mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel dan membuktikan betapa hipokritnya regim dalam isu memerangi Israel ini.

Sebarang pertanyaan mengenai sidang media tersebut sila hubungi 0176849693 (Anuar, Penyelaras SAMM)

che’GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.