Home » Johor, SAMM

Anak Muda Johor Tumpu Hanya Dataran Merdeka Untuk #BERSIH3

Submitted by on April 24, 2012 – 4:12 PMNo Comment

Sidang media kedua menyambut kenyataan awal SAMM bertarikh 23 April 5 Hari Menjelang #BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan

Sidang media pertama datangnya dari kumpulan anak muda utara yang diketuai oleh SAMM region utara. sila klik di sini untuk lihat sidang media pertama. Sidang media dari kumpulan Anak Muda Johor ini menunjukkan ketegasan betapa Dataran Merdeka adalah venue utama yang tidak boleh dikompromi, sambil menyeru supaya mengendahkan venue BERSIH selain di Kuala Lumpur di atas faktor-faktor yang jelas.

Dijangkakan juga satu sidang media yang diketuai oleh SAMM Melaka sedang berlangsung ketika ini di Melaka. Nantikan laporannya dan amati kenyataan dari Anak Muda Johor di bawah;

Bersama dalam sidang media: Roslee Penyelaras SAMM Kebangsaan, Sdr Anwar Penyelaras SAMM Johor, Suhaizan KP Pas Johor, Nazri Ketua Amk Johor dan wakil DAP

Kenyataan Media
24 April 2012

Perjalanan Sistem Pilihanraya Negara ini berada dalam keadaan pincang dan sentiasa dimanipulasi oleh regim penguasa untuk mengekalkan tampuk kekuasaan mereka. Pilihanraya Umum akan datang akan menjadi Pilihanraya paling kotor dalam sejarah, pelbagai siri penipuan telah didedahkan. SPR akan memainkan peranan selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih perlu dibersihkan sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 diadakan.

Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar Negara hingga menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung Penambahbaikan Pilihanraya.

Kali ini BERSIH 3.0 menjadi platform desakan rakyat tak kira sama ada mereka berparti atau pun tidak berparti untuk melihat sistem pilihanraya kali ini lebih adil dengan beberapa tuntutan. Duduk Bantah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah tanda bantahan rakyat terhadap sistem Pilihanraya yang pincang dan penuh penipuan. Rancangan licik untuk menipu dalam PRU 13 ini hanya dapat dihentikan jika pada 28 April ini, 500,000 rakyat bersama di dalam himpunan di Dataran Merdeka.  Jika kita tidak turun memainkan peranan kita sebagai warganegara bertanggungjawab maka Malaysia akan hancur.

Justeru, kami Selaku Anak Muda Johor dengan ini mengajak seluruh rakyat untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April 2012 bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan melaksanakan tuntutan reformasi sistem pilihanraya. Mobilisasi di Semenanjung Malaysia ini seharusnya ditumpukan ke Dataran Merdeka sahaja kecuali Sabah dan Sarawak. Ini kerana dengan bertumpu di Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang selain sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut. Kami juga menyeru agar tiada perubahan lokasi Duduk Bantah walaupun mungkin pelbagai sekatan, arahan dan drama politik regim penguasa akan menyusul beberapa hari ini.

Kesempatan ini seharusnya diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar, pasti Rejim Penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang rejim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh manipulasi.

Malahan, dengan kehadiran ramai ke Dataran Merdeka, 28 April ini juga menjadi simbolik sokongan rakyat terhadap aspirasi mahasiswa selain menyatakan sokongan kepada mereka yang sudah berkampung di sana sejak beberapa hari lalu. Jika mahasiswa-mahasiswa ini boleh dan sanggup bangkit, maka, ayuhlah anak muda dan seluruh rakyat Negeri Johor, kita ke Dataran Merdeka. Berhimpunlah bersama untuk pencerahan keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Ini adalah tanahair yang kita sama-sama cintai, jangan biarkan ibu pertiwi ini rosak hancur dengan amalan pilihanraya yang pincang.

ANAK MUDA JOHOR

Kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Dewan Pemuda PAS Johor turut akan ke Dataran Merdeka selaras dengan saranan kepimpinan parti di peringkat pusat. Kami menjangkakan mobilisasi 10,000 penyokong & pendokong PAS ke sana. DPP Johor sedang dalam kempen jelajah BERSIH 3.0 ke 26 kawasan parlimen di Johor bagi menerangkan Mengapa Perlu BERSIH? Dan juga membangkitkan semangat rakyat ke Dataran Merdeka.
-Suhaizan Kaiat

Kenyataan Ketua AMK Johor – Sdr. Nazri Ismail

AMK Johor turut sama akan mobilisasi penyokong, pendokong & seluruh rakyat ke Dataran Merdeka seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Exco AMK Johor. Kami menyeru seberapa ramai rakyat untuk bersama.

Kenyataan Timbalan Ketua DAPSY Johor

DAPSY Johor memang jelas akan menggerakkan ahli ke Dataran Merdeka untuk Duduk Bantah BERSIH 3.0. Ini kerana himpunan di ibukota ini perlu ditumpu agar sasaran 500,000 peserta dapat dicapai. DAPSY Johor turut menggesa rakyat Johor untuk ambil kesempatan menyatakan pendirian menolak perjalanan pilihanraya yang kotor.

Kenyataan Tambahan SAMM Johor

SAMM sememangnya serius dengan persoalan sistem pilihanraya yang bersih dan juga prinsip demokrasi yang dijunjung negara. Kerana itu, SAMM telah pun melancarkan Jelajah Anak Muda-BERSIH 3.0 di seluruh negara di mana siri pertama jelajah ini bermula di Johor pada 10 April 2012. Tujuan jelajah adalah untuk mobilisasi rakyat dan membangkitkan mood rakyat ke Himpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

Gambar dari kiri : Suhaizan Kaiat – Ketua Pemuda PAS Johor, Nazri Ismail – Ketua AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail – Penyelaras SAMM Johor/Kordinator Anak Muda Johor, Yatin Sarpan – Ketua PKR Cabang Muar, Ng Yoke Ham – Timbalan Ketua DAPSY Johor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.