Home » All Post, Headlines, Melaka, SAMM

Pelancaran Risalah “BONGKAR” mewarnai program ceramah Jelajah Anak Muda SAMM – Bersih 3.0 Peringkat Negeri Melaka.

Submitted by on April 19, 2012 – 10:20 PMNo Comment

Tanggal 16 April yang lalu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Melaka berjaya menganjurkan program Jelajah Anak Muda SAMM – Bersih 3.0 bertempat di Bukit Larang Telok Mas Melaka di dalam kawasan Parlimen kota Melaka. Program tersebut dirangka dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari PAS Telok Mas. Sebelum dari itu, perjumpaan tertutup Komrad SAMM Negeri Melaka bersama Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Che’guBard telah pun di adakan di Pejabat PAS Kota Melaka.

Selepas pertemuan tertutup tersebut program telah bersambung dengan program Ceramah Jelajah Anak Muda SAMM – Bersih 3.0 “Ke Jalan Raya untuk Pilihanraya Bersih”. Matlamat program adalah untuk menyeru dan mengajak seluruh rakyat untuk bersama ke perhimpunan Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Program Jelajah Anak Muda SAMM ini telah dipengerusikan oleh Penyelaras SAMM Melaka dan dimulakan dengan kata aluan oleh YDP Pas Kota Melaka, En Haron bin Mohamad. Pentas Anak Muda dibuka dan di panaskan dengan ucapan dari Ketua AMK Melaka saudara Law Bing Haw dan selepas itu kehangatan pidato anak muda disambung dengan ucapan saudara Haji Yuhaizad bin Abdullah selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang juga Pengerusi GERAM (Gerakan Anak Muda Melaka).

Selepas itu Pentas anak muda berhenti seketika kerana memberi laluan untuk sessi Pelancaran Risalah “BONGKAR – Skandal, Penyelewengan dan Pembaziran di bawah pentadbiran Ali Rustam dan UMNO/BN”. Upacara yang cukup bersejarah itu dilancarkan dan sempurnakan dengan penuh simbolik di mana Ketua DAPsy Melaka, YB Tey Kok Kiew, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah dan Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw bersama-sama membuka ikatan kain rentang yang memaparkan isu-isu pembaziran dan penyelewengan di bawah pentadbiran Ali Rustam & UMNO/BN.

Serentak dengan itu komrad SAMM Melaka dan para petugas mengedarkan risalah tersebut kepada seluruh hadirin yang hadir pada malam yang cukup bersejarah itu. Sejumlah hampir 5 ribu naskah telah berjaya diedarkan. Risalah tersebut telah dikeluarkan dan diterbitkan oleh SAMM Melaka untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Melaka kemana wang dan hak rakyat telah dibazirkan dan disalahgunakan oleh UMNO/BN dibawah pimpinan Ali Rustam. Rakyat harus membawa perubahan dan jalan penyelesaian kepada dilema ini adalah “rejim ini wajib dijatuh dan ditumbangkan”. Di dalam risalah BONGKAR tersebut beberapa pendedahan telah dilakukan seperti Skandal Wang Zakat negeri Melaka, Projek Kincir Air Melaka, Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Projek Monorel, Projek Dataran 1 Malaysia, Eye on Malaysia dan pelbagai lagi.

Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua DAPsy Melaka, YB Tey Kok Kiew dan seterusnya pentas anak muda dipanaskan dengan ucapan yang dinanti-nantikan oleh para hadirin iaitu ucapan dari Ketua Penyelaras ataupun Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu saudara Badrul Hisham Saharin atau lebih dikenali sebagai Che’guBard.

Majlis berakhir pada jam 12.15 malam. Dianggarkan kehadiran pada malam tersebut adalah sekitar 3 ribu orang. Tahniah Rakyat Melaka dan Ayuh ke Dataran Merdeka 28 April ini, “ke arah pilihanraya yang ADIL dan BERSIH”.

Zuraidi bin Abdullah
Penyelaras SAMM Negeri Melaka

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.