Home » All Post, Headlines

Program Jelajah Anak Muda – Road To BERSIH 3

Submitted by on April 9, 2012 – 4:46 PMNo Comment
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik pengumuman dan seruan BERSIH 3 dan juga sekali lagi bersedia memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan BERSIH. SAMM dengan ini mengumumkan untuk memastikan himpunan BERSIH 3 berjalan tersusun, aman dan mencapai matlamat, maka akan dilakukan siri penerangan umum ke seluruh negara seperti berikut :

Program Jelajah Anak Muda – BERSIH 3

“KE JALANRAYA UNTUK PILIHANRAYA BERSIH”

10hb April – JOHOR
Lokasi: Pekan Parit Betak,Benut,Pontian
Penceramah: Che’GuBard, Syazni Munir, Sheikh Omar
Pertanyaan: Anwar 0176849693

11hb April – N.SEMBILAN
Lokasi: PASTI Al-Falah, No 18, Jln 8, Tmn Desa Rhu, Sikamat (Depan Padang Desa Rhu)
Penceramah: Hj Md Sabu, Che’GuBard, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Malek 0132181279

12hb April – KEDAH & PERLIS
Lokasi: Tempat Padang Awam Guar Chempedak, Gurun
Penceramah: Yb Dr Mujahid, YB Dr Ismail, YB Firdaus Jaafar, YB Ahmad Kasim, YB Saiful Izham, Che’GuBard
Pertanyaan: Zaki 0194488003

13hb April – P.PINANG
Lokasi: Padang Awam Sg Tiram, Bayan Lepas (belakang The Star)
Penceramah: Dato Mansor, YB abd malik, YB Sim, Che’GuBard
Pertanyaan: Rizal 0195414818

15hb April – K.LUMPUR & SELANGOR
Lokasi: Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak.
Penceramah: TS Khalid Ibrahim, Che’GuBard, Hishamudin Rais, Adam Adli
Pertanyaan: Ezmir 0122231239

16hb April – MELAKA
Lokasi: Km 12, Kg Tersusun Bukit Larang Indah, Telok Mas Melaka.
Penceramah: Che’guBard, Khalid Ismath (Mahasiswa), YB Tey (Ketua DAPSY Melaka), Hj Yuhaizad (Ketua DPP Melaka), Law Bing Haw (Ketua AMK Melaka)
Pertanyaan: Zuraidi 0122478016



17hb April – COUNTDOWN 10 Hari Sebelum BERSIH 3
Lokasi: Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur
Penceramah: Md Sabu, Che’GuBard, Tian Chua, Nurul Izzah, Anthony Loke, Maria Chin, Pak Samad Said, Adam Adli, Aziz Bari, Teresa Kok, Black, TS Kadir Sheikh Fadzir, Hisham Rais
Pertanyaan: Edyes 0102675872

19hb April – PERAK
Lokasi: Markas Keadilan Batu 14, Jalan Pantai, Kuala Kurau
Penceramah: YB Yunus, Che’GuBard
Pertanyaan: Arof 0124702074

21hb April – N.SEMBILAN
Lokasi: Markas PAS Felda Bukit Jalur, Gemencheh, Tampin
Penceramah: Che’GuBard, Hishamudin Rais, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Sani 0129781707

26hb April – PAHANG 

Lokasi: KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman (depan poliklinik Berserah)
Penceramah: Dato Fauzi, Tuan Ibrahim Tuan Man, Che’GuBard, Hishamudin Rais, Siti Aishah Srikandi
Pertanyaan: Hatta 0179573855

SAMM juga mohon kepada semua pihak terutamanya pengamal media untuk turut membantu dalam aspek hebahan massa. Pengguna dan expertise media sosial seperti Facebook dan Twitter juga dialu-alukan untuk menghulur bantuan hebahan.

Disertakan juga kenyataan SAMM sejurus selepas BERSIH 3 diumum secara rasmi;

Kenyataan Terbuka
4 April 2012

KE JALAN RAYA UNTUK PILIHANRAYA YANG BERSIH

Selepas himpunan BERSIH 2 yang menyaksikan kepungan amat luar biasa oleh penguasa yang menyebabkan ibunegara Malaysia lumpuh. Kuala Lumpur telah bertukar menjadi bandar ‘hantu’ tinggal kosong sepi sekurangnya untuk 36 jam. Itu semua untuk menggagalkan himpunan BERSIH 2 dan sememangnya hampir mustahil untuk melepasi kepungan sebegitu rupa.
Namun sungguh memeranjatkan iltizam tinggi rakyat akhirnya membawa puluhan ribu tetap berjaya berkumpul di beberapa lokasi di tengah ibu kota. Tindakan ganas penguasa agak melampau di beberapa lokasi sehingga menyebabkan bukan sedikit jumlah yang cedera termasuk mengakibatkan kematian. Tindakan tidak masuk akal termasuk ribuan ditahan dan tembakan gas ke Hospital menunjukkan sikap panik penguasa terhadap kebangkitan rakyat.
Imej negara selepas itu menjadi buruk, isu keganasan penguasa telah menjadi penyubur kepada isu desakan pilihanraya BERSIH dimana 8 tuntutan diketengahkan. Tekanan dalam dan luar negara akhirnya menyebabkan Perdana Menteri akur dan menubuhkan Jawatankuasa terpilih parlimen ke arah pilihanraya BERSIH. Ini kejayaan BERSIH 2 di mana Perdana Menteri mengakui pilihanraya sememangnya pincang dan menubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen untuk merungkai persoalan tersebut.
Walaupun sedikit kecewa dengan keengganan jawatankuasa itu menerima keanggotaan yang terdiri dari pihak profesional dan arif dalam bidang ini seperti Dato’ Ambiga Sreenevasan namun SAMM mengambil sikap berbaik sangka dengan jawatankuasa yang terdiri dari ahli parlimen Bn dan PR itu.
Malangnya ‘baik sangka’ akhirnya diragut apabila semalam dengan meneliti laporan jawatankuasa tersebut dan mengikuti perbahasan di parlimen ternyata jawatankuasa ini hanya alat kosmetik regim bagi mengendurkan suasana tekanan dalam dan luar negara dalam isu (amalan demokrasi) pilihanraya BERSIH di Malaysia. Isu utama seperti pembersihan senarai pemilih langsung gagal diselesaikan. Malah peranan anggota jawatankuasa bukan Bn seolah dikesampingkan apabila mereka dinafikan dalam membuat laporan sendiri.
Nampaknya penguasa ini tidak pernah serius dalam usaha ke arah pilihanraya BERSIH. Hari ini jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengumumkan Himpunan BERSIH 3. Rakyat Malaysia sekali lagi akan mengenepikan perbezaan dan turun bersama ke atas jalan atas semangat menyelamatkan amalan demokrasi negara.
SAMM menyambut baik pengumuman dan seruan BERSIH 3 tersebut dan juga sekali lagi bersedia memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan BERSIH.
SAMM mengumumkan untuk memastikan himpunan kali ini berjalan tersusun, aman dan mencapai matlamat, maka akan dilakukan siri penerangan umum ke seluruh negara seperti berikut :
Ceramah Umum
Jelajah Anak Muda – BERSIH 3
“ke jalan raya untuk pilihanraya BERSIH”
semua program bermula 9.00 malam
10 April : Parit Betak, Benut, Johor
11 April : Taman Desa Rhu, Seremban
12 April : Jerai, Kedah
13 April : Sg. Tiram, Bayan Baru, P.Pinang
15 April : Padang Bola sebelahan Surau Al Aula, PPR Sri Labuan, Bandar Tun Razak
16 April : Telok Mas, Melaka
17 April : ‘countdown’ 10 hari sblm BERSIH 3 di Kg. Baru, KL
19 April : Bt. 14, Kuala Kurau
21 April : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin
26 April : KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman (depan poliklinik Berserah)
Antara yang akan bersama dalam siri ceramah tersebut ialah pimpinan jawatankuasa pemandu BERSIH juga pimpinan politik seperti Hj Mohamad Sabu, Aktivis Sosial Hishamuddin Rais dan ramai lagi khususnya aktivis dan pimpinan muda termasuk aktivis mahasiswa. Selain program ceramah umum dan pengedaran risalah yang akan mengajak rakyat bersama dalam himpunan BERSIH 3 di Kuala Lumpur pada 28 April 2012 akan juga diadakan taklimat tertutup kepada semua anggota SAMM dan sekutu.
SAMM menyeru semua warga Malaysia mengambil serius kepentingan himpunan BERSIH 3 ke arah menyelamatkan amalan demokrasi negara. Kepada penguasa jangan khuatir kami merupakan masyarakat bertanggungjawab, kami masih percaya jika berlaku pertukaran parti pemerintah ia hanya akan dilakukan melalui pilihanraya namun kami membuat keputusan ke jalan raya untuk mendesak 8 tuntutan wajib ditunai sebelum pilihanraya.
Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini Jelajah Anak Muda BERSIH 3 sila ke http://www.anakmudamalaysia.com
sekian
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.