Home » SAMM

ANIFAH AMAN TIDAK SERIUS MENJALANKAN TUGASNYA SEBAGAI MENTERI LUAR

Submitted by on June 12, 2012 – 9:46 AMNo Comment

Kenyataan Media
12 Jun 2012

ANIFAH AMAN TIDAK SERIUS MENJALANKAN TUGASNYA SEBAGAI MENTERI LUAR

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dilapor oleh Malaysiakini kononnya perbicaraan dakwaan rasuah dalam isu pembelian kapal selam Scorpene yang

sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini. Anifah Aman juga turut menyebut kes tersebut sebagai 'bukan perkara serius'.

Kenyataan Anifah Aman sebagai seorang menteri dilihat kurang bertanggungjawab memandangkan isu skandal rasuah kapal selam ini mendapat liputan di peringkat antarabangsa. Skandal ini memalukan negara dan telah diberitakan di beberapa akhbar seluruh dunia. Ia termasuklah dakwaan ahli parlimen negara Malta bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada  berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Skandal scopene diparahkan lagi dengan pendedahan penjualan dokumen sulit maklumat pertahanan negara seperti yang dilapor oleh SUARAM. Perkara ini juga membawa kepada laporan polis daripada SAMM di seluruh negara bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan. Dalam isu berkaitan, Najib Razak yang diam menikus apabila dilaporkan pernah bertemu Altantuya di Paris oleh seorang wartawan The Phnom Penh Post minggu lalu turut menggemparkan negara. Apakah ini tidak cukup serius?

SAMM melihat isu rasuah, penyelewengan, kebocoran maklumat keselamatan negara dan pembunuhan 'tanpa motif' adalah perkara yang serius. Lebih daripada serius apabila Perdana Menteri sesebuah negara itu turut diheret sama.

Kedangkalan Anifah Aman dalam mengeluarkan kenyataan menjadi tanda tanya apakah ia bertujuan untuk mengampu Perdana Menteri bagi menjamin 'kerusi selamat' dan seterusnya kekal status jawatan menteri memandangkan pilihanraya sudah semakin hampir?

Justeru itu, kegagalan Anifah Aman menentukan apakah definasi sebenar 'serius' dalam mengurus negara membuatkan SAMM secara keseluruhannya bersetuju bahawa Datuk Seri Anifah Aman harus meletak jawatan sebagai Menteri Luar kerana tidak serius menjadi seorang menteri.

Sekian

Roslee Mohd Shariff
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.