Home » Kedah, SAMM

PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM

Submitted by on June 28, 2012 – 10:35 PMNo Comment
Kenyataan Terbuka
27 Jun 2012

PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM

Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI. Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti – nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada 29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang dan diikuti secara LIVE oleh ribuan penonton. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Jelajah Merdeka Rakyat Kulim dengan beberapa kejutan yang bakal diumumkan. 

Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Penyelaras
Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.