Home » Melaka, SAMM

3 Gesaan & Ketetapan yang telah digariskan oleh SAMM Melaka

Submitted by on July 31, 2012 – 10:28 PMNo Comment
Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka
30 Julai 2012

Hari ini tepat Jam 1.00pm SAMM Melaka telah mengadakan Sidang Media di Pusat khidmat Masyarakat Taman Asean berhubung perkara tersebut:-
 

Tema Merdeka ke-55: 3 Gesaan & Ketetapan yang telah digariskan oleh SAMM Melaka

1)    Menggesa & mengajak seluruh Rakyat Malaysia memboikot sambutan Hari kemerdekaan (Hari kebangsaan) yang dijalankan oleh kementerian Penerangan Malaysia.

 

2)    Menggesa kepada seluruh negeri dibawah pemerintahan Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (Kedah, Kelantan, Selangor & Pulau Pinang) jangan sekali-kali membenarkan sambutan perayaan dan tema oleh kemeterian Penerangan Malaysia ini berlaku di dalam negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

 

3)    Mengesa & mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan iaitu Dato Seri Rais Yatim meletak jawatan dengan segera dan beliau tidak layak kerana menyalah-gunakan kedudukan & jawatan yang disandang untuk kepentingan kepartian. Dua kesilapan besar yang dilakukan oleh beliau yang tidak mungkin dimaafkan oleh rakyat Malaysia.

 

a)    Tidak melihat Sambutan kemerdekaan hari Kebangsaan ini sebagai perayaan berbentuk Nasional & patriotik sebaliknya mengambil kesempatan memperkudakan Sambutan kemerdekaan dengan menggunakan tema, logo, lagu & apa jua mobilisasi Sambutan Kemerdekaan sebagai bahan kempen Parti Barisan Nasional iaitu dengan mencernakan politik murahan yang langsung tidak memikirkan sensitiviti  rakyat Malaysia kerana kepentingan politik sempit UMNO BN semata-mata.

 

b)    Dato Seri Rais Yatim telah berbohong kepada seluruh Rakyat Malaysia jika dirujuk kepada pengumumannya dan telah dikeluarkan ucapannya di beritta harian online bertarikh 27/0712 – Beliau berkata “logo Merdeka yang ke 55 ini adalah yang asli dan bukkannya ciplak. Akan tetapi semalam 29/07/12 beliau menyebut “logo tersebut bukanlah logo Merdeka sebaliknya adalah paparan selingan.

 

 

ZURAIDI ABDULLAH

Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka


Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.