Home » Pahang, SAMM

Bantahan dan Penyerahan Memorandum Kepada PBT Muadzam Shah Esok!! (27 Julai)

Submitted by on July 26, 2012 – 1:01 PMOne Comment
Kenyataan Terbuka
26 Julai 2012

Bersihkan Bandar Muadzam Shah Daripada Menjadi Bandar Perjudian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah akan bersama dengan Gabungan Gerakan Membantah Judi bagi memastikan Bandar Muadzam Shah bersih dari anasir perjudian melampau di daerah ini.

Dengan majoriti lebih 90% penduduk muslim di Bandar Muadzam Shah dalam daerah Rompin, tidak sepatutnya mesin judi dibenarkan berada di sini. Tiada tindakkan yang serius di ambil dari PBT Rompin ke atas pengusaha mesin judi ‘kuda’. Serbuan sebelum ini menyaksikan hanya 6 mesin judi yang diangkut daripada ratusan mesin judi di beberapa pintu kedai dan tauke mesin judi masih bebas mengaut keuntungan berlipat-kali ganda daripada perniagaan mini kasino yang dijalankan.

Daripada pemerhatian SAMM Muadzam Shah, fenomena yang berlaku di Muadzam Shah ini adalah sangat merunsingkan di mana ketagihan terhadap mesin judi menyebabkan pelbagai kecelakaan berlaku di kalangan penduduk daerah Rompin. Jenayah awam seperti kecurian dan rompakan kecil meningkat, peneroka juga ada yang sengsara dan ada juga penjawat awam yang menghabiskan seluruh gajinya untuk mesin judi yang akhirnya anak isteri menjadi mangsa dari kerakusan tahi judi. Penangan mesin judi sehingga ada kes anggota tentera yang sanggup menjual tong gas di rumah untuk menebus kekalahan di mesin judi.

Justeru itu, SAMM Muadzam Shah menyeru kepada semua yang berada di sekitar Bandar Muadzam Shah dan Rompin agar turut serta dalam sebuah bantahan dengan penghantaran memo kepada PBT berkenaan. Berikut adalah maklumat masa dan lokasi penyerahan memo;

Tarikh: 27 July 2012

Masa: 2.00pm (lepas solat Jumaat)
Lokasi Berkumpul: Masjid Muadzam Shah

Ayuh bersama SAMM dalam Gerakan Rakyat Membantah Judi. Juga akan turut serta dalam gerakan ini adalah PAS Rompin, PKR Rompin, SAMM Rompin, Jabatan Amal Rompin, Al-Fateh dan KRT Rompin. Pengamal media adalah diharapkan untuk turut membantu dalam aspek hebahan.

Sekian,

MHD NOR FAIZI ABU BAKAR

Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.