Home » SAMM

Himpunan Demonstrasi Selamatkan DUN Melaka Jam 2ptg Ini!!

Submitted by on July 8, 2012 – 10:37 AMNo Comment

  Selamatkan DEWAN Undangan Negeri Melaka!!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka akan melancarkan sebuah demonstrasi bagi mendesak supaya DEWAN Undangan Negeri Melaka diselamatkan dari disalahguna.

Demonstrasi yang akan berlangsung pada jam 2 petang ini di Taman Asean Melaka, antara lain meletakkan desakan berikut;

– Speaker DUN Melaka harus letak jawatan dengan segera. – Mengutuk usaha menyalahgunakan DEWAN untuk kepentingan peribadi dan meraih keuntungan politik murahan. – Tolak Budaya fitnah jahat dibangkitkan di dalam DEWAN. -Tolak pembaziran masa dan wang rakyat apabila DEWAN tidak digunakan mengikut keperluan dan peranan yang sebenar

Mobilisasi besar-besaran telah dilakukan oleh SAMM Melaka bagi menjayakan himpunan demonstrasi ini dan menjemput seluruh rakyat negeri Melaka bersama dalam himpunan ini tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian, asalkan tolak pembaziran serta salahguna kepentingan rakyat.

SAMM Melaka juga akan mengedarkan risalah ‘Bongkar’ terbitan SAMM yang mendedahkan seribu satu pembaziran regim Ali Rustam di Melaka. Risalah penting ini akan diedar secara percuma, dengan syarat penerima harus menggandakan penyebaran.

Ayuh berdemonstrasi, budaya rakyat bijak dan celik!

Sekian

ZURAIDI ABDULLAH Penyelaras SAMM Melaka

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.