Home » Melaka, SAMM

Selamatkan DUN Melaka & Speaker DUN Melaka Harus Letak Jawatan Dengan Segera!!!

Submitted by on July 9, 2012 – 10:07 PMNo Comment

Tanggal 8 Julai 2012 yang lalu satu Himpunan Rakyat Melaka telah diadakan di Taman Asean Melaka. Himpunan Rakyat Melaka ini telah dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia Melaka di atas dasar tanggungjawab bagi menjawab dan menyatakan pendirian anak muda tentang apa yang berlaku di sidang Dun Melaka baru-baru ini.

Himpunan tersebut berjalan dengan aman walaupun pada awal himpunan tersebut terdapat sedikit halangan dari pihak Polis namun setelah perbincangan dilakukan dengan pihak polis dan selepas selesai member kenyataan media kepada para wartawan, pihak Penganjur bersetuju untuk memindahkan sesi ucapan oleh pimpinan untuk berpindah ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parti keadilan Rakyat Taman Asean.

Ucapan dimulakan oleh Freddie S.H Lim selaku Penolong Ketua Penerangan Pimpinan Parti keadilan Rakyat Melaka. Freddie menegaskan Parti Keadilan Rakyat menentang tindakan Speaker dan YB dari Duyong iaitu YB Gan Tian Loo dan beliau juga mengingatkan hadirin tentang apa yang berlaku kepada mediang Beng Hock.
Ucapan diteruskan oleh Penyelaras SAMM Melaka, saudara Zuraidi Abdullah dan SAMM mengambil empat pendirian utama tentang apa yang berlaku di Sidang Dun baru-baru ini iaitu:-
1) Speaker DUN Melaka, YB Datuk Wira Othman harus meletakan jawatan dengan segera. Speaker Dun Melaka tidak menghormati keputusan Rakyat Melaka iaitu diatas tindakan menggantung 5 wakil Rakyat dari DAP yang mana mereka adalah wakil dan menjadi lidah perantaraan di antara rakyat dengan kerajaan negeri. Speaker juga bersikap tidak profesional dengan tindakan membenarkan dan memberi laluan kepada Adun dari Duyong (YB Gan Tian Loo) membawa politik bersifat gosip & fitnah jahat semata-mata untuk mendapat publisiti murahan.
2) Mengutuk sebarang usaha menyalahgunakan DEWAN untuk kepentingan peribadi dan meraih keuntungan politik murahan.
3) Tolak Budaya fitnah jahat dibangkitkan di dalam DEWAN.
4) Tolak pembaziran masa dan wang rakyat apabila DEWAN tidak digunakan mengikut keperluan dan peranan yang sebenar.

Ucapan bersambung dari wakil PAS Melaka iaitu Cikgu Mohd Yusof Wahab selaku Ketua penerangan PAS Bukit katil yang juga merangkap Penyelia Dun Bukit Baru. PAS mengutuk sebarang usaha jahat Adun BN di dalam Dewan Melaka dan sekeras-kerasnya menolak budaya Fitnah Peribadi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Isterinya (YB Betty Chew Gek Cheng) yang juga merangkap Adun Kota Laksamana. Cikgu Wahab juga menceritakan pengalaman YB Lim Guan Eng dalam mempertahankan seorang gadis perempuan melayu di dalam kes rogol yang melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thambi Chik. Cikgu wahab menegaskan… “Percayalah sejarah telah membuktikan di Mesir, Morshi yang dianggap tahanan penjara akhirnya menjadi Presiden Mesir, Lim Guan Eng juga begitu… beliau telah pun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan percayalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dulu menjadi tahanan penjara akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya… Insyaallah”.

Ucapan seterusnya disambung oleh wakil DAP Melaka iaitu Saudara Gandhi merangkap Naib Pengerusi DAP Melaka. DAP mencabar YB Gan Tian Loo untuk mengulangi ucapannya diluar DEWAN dan DAP akan mengambil tindakan mahkamah tentang ucapan Fitnah jahat tersebut. Himpunan berakhir pada jam 4.00 petang. Ayuh teruskan budaya RAKYAT BIJAK dan CELIK. Perubahan harus di DESAK bukan ditunggu. Selamatkan Dewan Undangan Negeri Melaka.
Sekian,

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan kata-kata”

ZURAIDI ABDULLAH (Penyelaras SAMM Negeri Melaka)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.