Home » Headlines, N.Sembilan, SAMMKonvoi Amal Titian Kasih Ramadhan SAMM NS Ahad Ini (12 Ogos)
Konvoi Amal Titian Kasih Ramadhan SAMM NS
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan akan menganjurkan sebuah konvoi amal yang akan merentasi beberapa kawasan dalam Negeri Sembilan.
Bagi mengimarah kesucian Ramadhan, SAMM N.Sembilan menyusun pengisian “Konvoi Amal Titian Kasih Ramadhan” dengan beberapa aktiviti amal antaranya termasuklah ziarah mangsa tahanan ISA, jejak fakir miskin di kawasan sasaran dan juga program iftar bersama anak-anak yatim.
Berikut adalah maklumat program dan tentatif ringkas;
Tarikh: 12/08/2012 (Ahad)
Masa: 11.00pg-8.00mlm
Lokasi Berkumpul: 11pg di Shell Jln Tampin-Rembau
Anjuran: SAMM N.Sembilan
Pertanyaan: 012 6794704
Tentatif:
11.00am – Berkumpul di Shell Jln Tampin
12.00pm – Jejak Fakir sekitar Rembau
1.30pm – Lepas Zohor bertolak ke rumah waris tahanan ISA di Palong
3.30pm – Bertolak ke Johol untuk program Jejak Fakir
7.30pm – Iftar di rumah anak yatim sekitar Tampin
Sila hubungi nombor tertera bagi menyertai program atau ingin turut memberi sumbangan.
Hamizan Bahtiar
Penyelaras SAMM N.Sembilan
Related
teruskan usaha
KLIK undi DAP haram, undi rasuah?