Home » Headlines, SAMM, Wilayah

Kurang Perhatian Punca Pemuda Umno Seputeh Buat Tuduhan Melulu

Submitted by on August 22, 2012 – 5:38 PMNo Comment

Kenyataan Media

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah
22 Ogos 2012

Kurang Perhatian Punca Pemuda Umno Seputeh Buat Tuduhan Melulu


Merujuk kepada satu laporan tuduhan oleh Pemuda Umno Seputeh kononnya SAMM menampal pelekat ABU di banner dan pejabat Umno Seputeh, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah ingin menegaskan bahawa;

1. SAMM Wilayah mahupun SAMM Kebangsaan langsung tidak terkesan dengan tuduhan rambang yang dilontar oleh Pemuda Umno Seputeh.

2. Gerakan Asalkan Bukan Umno atau ABU adalah gerakan rakyat yang menolak Umno. Ia adalah milik semua orang yang berkongsi perasaan sama menjelang PRU-13. Pelekat ABU telah dikesan sejauh Australia, adakah ia juga ditampal oleh SAMM? 

3. SAMM Wilayah juga tidak mengetahui kedudukan pejabat Umno Seputeh, malah agak sangsi dengan kewujudan Umno Seputeh. Jika SAMM ingin buat demikian, sasarannya pasti di kawasan Umno yang dirasai kehadirannya. Mengapa tidak pejabat Umno Rembau, Permatang Pauh atau lain-lain? Apa perlunya Seputeh di mana kehadiran Umno tidak beri sebarang kesan dan insyaAllah tiada masalah untuk PR kekalkan kerusi Parlimen Seputeh.

4. SAMM Wilayah berasa simpati kepada Umno Seputeh dan pemudanya, seraya itu ingin menasihatkan pemuda Umno Seputeh supaya cari jalan lebih baik untuk publisiti di hari raya, contohnya seperti mengadakan rumah terbuka.

5. SAMM Wilayah mengesyaki ada kemungkinan ia ditampal sendiri demi untuk mencari perhatian. Ketika seluruh negara menyambut hari lebaran, pemuda Umno seputeh terpaksa guna taktik cedera diri untuk tarik perhatian. Amalan ‘baling batu sembunyi tangan’ begitu sinonim dengan Umno. 

6. Bagi SAMM Wilayah, seharusnya ketika perayaan ini lebih baik pemuda Umno Seputeh bantu pihak polis banteras kejadian pecah rumah daripada susahkan polis dengan kes sebodoh ini. 

7. Merengek hanya kerana banner ditampal stiker adalah sangat tidak matang. Usah dikata banner PR malah banner milik SAMM juga banyak yang hilang dan rosak namun tidaklah merengek hingga ke balai polis. Ini semua hanya kes kurang perhatian dan kurang kasih sayang yang dilalui Umno Seputeh.

SAMM Wilayah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan menjemput semua untuk hadir ke rumah terbuka SAMM Kebangsaan bertarikh 2hb September (Ahad) 2.30petang – 5.00petang, bertempat di Taman Seri Acheh, Nibong Tebal P.Pinang.

Sekian,


Azmir Hj Mustapha
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah



Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.