Home » Headlines, SAMM

Mobilisasi 3 Ogos Depan Kedutaan Myanmar Hanya Satu Permulaan

Submitted by on August 4, 2012 – 1:02 PMNo Comment

Kenyataan Terbuka

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)

4 Ogos 2012
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan penghantaran Memorandum ke kedutaan Myanmar semalam. Sebanyak 25 NGO telah mengesahkan sokongan terhadap memorandum tersebut. Seramai hampir 500 orang Rohingya telah mengiringi wakil – wakil pertubuhan yang hadir dalam penghantaran memorandum tersebut. Lebih 100 orang warga tempatan hadir selaku wakil pertubuhan dan yang hadir secara individu. Tahniah juga kepada SAMM Wilayah kerana telah menjadi tuan rumah menyelaraskan penghantaran memorandum tersebut.
2. Penghargaan juga diucapkan kepada anggota keselamatan kerana memberi sedikit ruang semalam. Namun kami juga agak sedikit terkilan apabila kumpulan kami yang berarak dari Masjid Tabung Haji telah disekat dan hanya dibenarkan berkumpul sejauh kira – kira 500 meter dari Kedutaan Myanmar. Hanya kumpulan 5 orang dibenarkan kemudiannya berjalan kaki ke kedutaan. Kami juga amat kesal dengan tindakan Myanmar dengan secara sengaja menutup kedutaan dan tidak menghantar wakil menerima memorandum yang disediakan. Namun setelah delegasi yang diketuai anggota dewan negara, YB Senator Saiful Izham Ramli berbincang barulah seorang yang tidak mahu dikenali muncul dan menerima memorandum tersebut dari celah pagar. Ini tindakan biadap yang tidak seharusnya berlaku.
3.  Semalam juga telah diumumkan sebuah badan bertindak yang diberi nama  Malaysian People Joint Task Force for the Humane Treatment of the Rohingyas. Dan selepas ini isu pembelaan nasib Rohingya ini akan diasak melalui gabungan badan bertindak ini. Beberapa tindakan sedang dirancang dalam masa terdekat bermula dengan penyerahan memorandum ini.
Antara desakan yang terkandung dalam memorandum bantahan adalah termasuk;
  • Mendesak Kerajaan Myanmar segera hentikan penghapusan etnik muslim Rohingya.
  • Tidak ‘double standard’ dalam isu ini.
  • Memanggil kesatuan Asean supaya turut mendesak Myanmar hentikan pembunuhan.
  • Memanggil kesatuan Asean supaya melucut keahlian Myanmar dalam Asean.
  • Memanggil campurtangan PBB dalam konteks hak asasi agar etnik Rohingya dilindungi
  • Mendesak kerajaan Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan termasuklah bantuan makanan dan perubatan, dan disaksikan oleh PBB, Asean ataupun OIC.
  • Akhir sekali, kami mendesak supaya satu dialog untuk keamanan etnik Rohingya dimulakan di antara PBB, Asean dan OIC serta kerajaan Myanmar.
SAMM tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa di atas sikap yang ditunjukkan oleh regim Barisan Nasional apabila tidak bersuara dalam isu Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara Islam, harus lebih peka dan menunjukkan keberanian di atas nama Islam. Inilah musibahnya apabila negara diketuai oleh seorang pemimpin yang penakut.
Maka agak bersesuaianlah Perdana Menteri menyandang jawatan Menteri Wanita.

Akhir sekali SAMM mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kehadiran ramai NGO, NGI dan aktivis kemanusiaan. Kehadiran anda semua menjadi bukti betapa negara ini masih mempunyai nafas tanggungjawab kemanusiaan sejagat, bukan retorik glokal semata-mata.

Hampir 500 orang Rohingyas yang kebanyakan keluarga mereka terlibat dengan
keganasan hadir dengan penuh emosi
 Bacaan doa oleh Ust. Zulkifli Ibrahim
Memorandum hanya diserahkan di celah pagar.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.