Home » Headlines, Johor, SAMM

SAMM Johor: Konvoi “Kehadiranmu Dirindui” Merentasi Bandar Tenggara, Johor

Submitted by on August 5, 2012 – 8:00 PMNo Comment

Konvoi Kehadiranmu Dirindui SAMM Johor selusuri kehidupan fakir di Bandar Tenggara, Johor | 4 Ogos 2012. Kami menjelajah rumah demi rumah fakir sekitar Bandar Tenggara dengan matlamat menyampaikan sedikit sumbangan meringankan beban golongan fakir dalam menjalani ibadah puasa sambil merasai sedikit keperitan yang dialami mereka di dalam kehidupan seharian.

Naluri anak muda tersentuh apabila kami singgah ke teratak kecil milik Pak Madyah berusia 65 tahun. Beliau dihinggapi penyakit stroke sewaktu Ramadhan mula menginjak masuk dan mempunyai 10 orang anak. Suasana tambah pilu apabila 5 orang daripada anaknya menghidapi penyakit sindrom Down dan Pak Madyah lah tempat mereka bergantung selama ini.

[nggallery id=9]

Sesungguhnya, Konvoi Kehadiranmu Dirindui kali ini telah banyak memberi keinsafan kepada kami. Disaat kita merasai kemewahan duniawi, masih punya insan yang mengharapkan belas ikhsan demi sesuap nasi. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan kerana masih ada yang menerima ujian lebih berat.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan menghulurkan bantuan kepada kami sepanjang konvoi ini berlangsung. Semoga Allah merahmati usaha kalian, insha Allah.

Minggu depan Konvoi Kehadiranmu Dirindui akan ke Muar. Terus menyantuni golongan fakir di sana. Nantikan kehadiran kami ke sebuah pondok usang tanpa bekalan elektrik dan paip air yang sempurna. Dan pelbagai aktiviti lain sebelum program RAMADHAN KEHADIRANMU DIRINDUI SAMM JOHOR melabuhkan tirainya buat tahun ini.

 

Ahmad Anwar Asyraf

Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.