Home » Headlines, Johor, SAMM

SAMM Johor: Program Penutup “Ramadhan Kehadiranmu Dirindui” Bersama ‘Leftenan Adnan’

Submitted by on August 14, 2012 – 12:53 PMOne Comment

Dua Program mengisi penutup Ramadhan Kehadiranmu Dirindui SAMM JOHOR 2012. Setelah tiga minggu SAMM Johor menyantuni pelbagai segmentasi masyarakat terpinggir, akhirnya program Ramadhan Kehadiranmu Dirindui melabuhkan tirainya.

Program Ramadhan Kehadiranmu Dirindui SAMM Johor ditutup dengan Konvoi Anak Muda Santuni Fakir dan Iftar Ramadhan Bersama Selebriti, Hairie Othman berakhir dengan jayanya.

Daripada segmentasi Gelandangan Kota yang terpinggir dan dilupakan, fakir miskin yang terpaksa memerah keringat dan mengalir air mata mencari sesuap nasi demi memenuhi tuntutan hidup yang semakin mahal dan mencabar hinggalah aktiviti bersama selebriti telah pun kami jalankan sepanjang Ramadhan ini.

Syukur ke hadrat Illahi kerana telah membuka jalan dan menggerakkan hati penderma-penderma yang senantiasa bermurah hati membantu SAMM Johor dalam mengendalikan aktiviti tersebut. Kami ingin merakam penghargaan kepada semua.

Program kemasyarakatan seperti ini sememangnya telah menjadi satu program tetap SAMM Johor sejak dari Ramadhan sebelumnya. Program sebegini tidak seharusnya menjadi program tahunan maka, SAMM Johor berhasrat untuk terus menyantuni golongan terpinggir, OKU, Fakir Miskin dan Remaja yang tersisih ini sebagai satu program bulanan yang tetap.

Sehubungan itu, SAMM Johor terus mengharapkan sumbangan daripada seluruh rakyat yang prihatin dan bermurah hati untuk memastikan impian ini menjadi kenyataan. Kami turut berharap lebih banyak lagi Organisasi Kebajikan, NGO yang akan tampil menjalin kerjasama bagi memastikan program kemasyarakatan SAMM Johor dapat diteruskan.

SAMM Johor juga seperti tahun lalu terus menjalin kerjasama dengan para selebriti dalam program sebegini. Tahun lepas, kami bersama Sham Kamikaze. Tahun ini, kami bersama Hairie Othman menyantuni pelbagai segmentasi masyarakat terpinggir dengan tujuan menyelami keperitan mereka dan memberikan secebis kegembiraan buat mereka di bulan yang mulia, Ramadhan Al Mubarak ini.

[nggallery id=16]

Sesungguhnya, program-program kemasyarakatan ini telah membuka mata hati kami, anak-anak muda Malaysia akan kesengsaraan, keperitan dan kejerihan seorang ayah dan ibu membesarkan anak-anak tatkala wang ringgit menjadi satu halangan terbesar yang menghimpitkan mereka.

Kesayuan menggamit sanubari kami apabila melihat di sebalik kemegahan Bangunan CIQ JB Sentral, tersembunyi insan-insan terpinggir yang terpaksa tidur beralaskan kotak dan berselimutkan embun malam.

Keinsafan terus menyentap diri apabila melihat derita 5 beradik yang menghidapi penyakit sindrom down tatkala si ayah tiba-tiba diserang strok sewaktu Ramadhan menginjak masuk dan meninggal dunia setelah dua minggu terlantar sakit. Al Fatihah untuk Allahyarham Mat Diah Bin Othman. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham.

Apalah nasib yang menimpa 5 beradik tersebut akan terus mendapat perhatian kami, SAMM Johor mengambil langkah proaktif bagi memastikan nasib mereka terbela dengan mengetuk pintu badan-badan kebajikan secepat yang mungkin.

Di sebalik kehebatan Wilayah Pembangunan Iskandar, masih juga terselit keluarga yang terhimpit dengan keperitan. Tinggal menumpang di tanah orang, di dalam pondok bertemankan generator dan pelita minyak serta perigi dan tadahan air hujan. Inikah model negara maju yang kita harapkan? Terus meminggirkan rakyat sendiri di sebalik kemegahan bangunan pencakar langit.

Bagi SAMM Johor, pembangunan itu adalah baik untuk semua dan kami tidak sesekali menolak pembangunan yang terancang. Namun apabila pembangunan itu tidak seiring dengan taraf kehidupan ekonomi setempat, maka akan lahirlah generasi yang merempat di bumi sendiri tatkala regim terus menyebelahi konglomerat mengumpul kekayaan tanpa kepedulian terhadap rakyat.

Kami anak muda SAMM Johor akan meneruskan program kemasyarakatan dan InshaAllah banyak program yang telah dirancang sempena kehadiran Syawal antaranya termasuklah program bersama Warga Tua yang dipinggirkan anak-anak sendiri. Memberikan sedikit keceriaan Syawal kepada mereka dalam meniti penghujung usia. 

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

AHMAD ANWAR ASYRAF
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM JOHOR)

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.