SAMM Melaka : Agihan Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai Anjuran SAMM Melaka.
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Pada 05 Ogos yang lalu bersamaan hari Ahad selepas tamat Majlis agihan bubur lambuk bagi meraikan golongan ibu bapa yang ditinggalkan oleh anak-anak di Seri Kenangan Cheng Melaka Komrad Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka) meneruskan program dengan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di kawasan berdekatan Bazaar Ramadhan Cheng. Sambutan amat baik dan menggalakkkan dimana hampir 200 bungkusan bubur lambuk telah habis diagihkan dalam masa tidak sampai sejam.
Program pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai ini mendekatkan lagi anak muda dengan masyarakat disamping menjalankan ibadah sunat (sedekah) yang amat dituntut oleh Islam. Pelbagai lapisan masyarakat kita temui tanpa ada sebarang jurang bangsa, keturunan, agama, kaum mahupun warna kulit. Pelbagai kata semangat membawa maksud “perjuangan” telah diucapkan kepada kami.
Program berakhir pada jam 6.30 petang. Insyaallah dilain kesempatan kita bertemu lagi dan semoga Ramadhan ini memberi erti dan keberkatan kepada kita “anak muda”. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.
Zuraidi bin Abdullah
Penyelaras SAMM Melaka