Home » Headlines, Melaka, SAMM

SAMM Melaka : Edaran Bubur Lambuk di Rumah Seri Kenangan sempena Ramadhan Al Mubarakh bagi meraikan golongan ibu bapa yang ditinggalkan oleh anak-anak.

Submitted by on August 7, 2012 – 5:37 AMNo Comment

Pada 05 Ogos (Ahad) yang lalu sempena Ramadhan Al Mubarak yang penuh dengan seribu satu keberkatan ini, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka) terus melangkah dengan program meraikan Golongan Ibu bapa di rumah Seri kenangan Cheng Melaka. Program bermula dari jam 11.00 pagi dengan aktiviti memasak dan membungkus bubur lambuk yang akan diagihkan kepada penghuni rumah Seri Kenangan Cheng Melaka.

Tepat jam 3.45 petang, Komrad SAMM Melaka telah tiba di rumah Seri kenangan disambut oleh Petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Encik Azhari serta petugas yang lain. Setelah mendapat sedikit taklimat dari Petugas berkenaan Komrad SAMM Melaka telah diberi ruang dan kesempatan untuk mengagihkan bubur lambuk kepada para ibu bapa yang menghuni di rumah Seri Kenangan itu.

Tidak cukup dengan edaran bubur lambuk, SAMM Melaka dibenarkan untuk bersama dengan sebahagian ibu bapa di asrama penempatan mereka untuk beramah mesra sambil menyaksikan sendiri kehidupan mereka di rumah seri kenangan. Dari riak wajah ibu bapa tersebut kami dapat rasakan mereka cukup terharu dan ucapan terima kasih bertalu-talu diucapkan kepada kami.

Kami sempat bertanya khabar dan menjadi pendengar cerita tentang kehidupan yang mereka lalui. Kebanyakan dari ibu bapa (penghuni) di sana adalah dari kalangan ibu bapa yang telah ditinggalkan oleh anak-anak mereka tanpa rasa bersalah dan tanggung jawab.

Cerita kehidupan pertama kami diceritakan oleh Mak Yam (bukan nama sebenar) yang berasal dari Paya Rumput Melaka. Kisah dari ibu ini cukup menyayat hati kami. Mak Yam adalah seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak yang boleh dikatakan berjaya dalam pendidikan mereka. Di kalangan mereka ada yang menyambung pelajaran sehingga ke universiti dan seterusnya membina kerjaya dan kehidupan yang agak senang.

Namun demikian apa yang mendukacitakan dari bait-bait cerita yang diceritakan kepada kami sehingga tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi kami ialah Mak Yam telah dihantar oleh anak-anak beliau ke pusat penjagaan orang tua ini (Rumah Seri Kenangan) setelah anak-anak beliau menjual keseluruhan tanah peninggalan suami beliau dan tanpa satu sen pun diberi kepada Mak Yam. Apa di perolehi oleh Mak Yam hanyalah jiwa yang retak, luluh remuk dan hancur.

Cerita seterusnya yang dikongsikan bersama kepada kami dari seorang ibu yang dikenali sebagai Ibu Jah. Ibu Jah telah ditinggalkan oleh 3 orang anaknya di rumah Seri kenangan itu pada 7 tahun yang lalu. Kini usia Ibu Jah telah mencecah 63 tahun. Ibu Jah bercerita, anak-anak beliau kali terakhir datang pada 5 tahun yang lalu dengan mengambil dan membawanya keluar dari Rumah Seri kenangan itu. Betapa gembira dan terharunya hati seorang ibu apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan menyatukannya kembali dalam satu keluarga. Akan tetapi kegembiraannya itu hanya bertahan untuk tempoh 48 jam sahaja. Ini kerana agenda utama anak yang tidak bertanggung jawab itu mengeluarkan Ibu Jah dari tempat itu hanyalah untuk mendapatkan tandatangan Ibu jah bagi menjual harta pusaka dan akhirnya Ibu Jah di kembalikan semula ke Rumah Seri Kenangan.

Kisah menghayat hati ini tidak mungkin kami lupakan. Walaupun kehadiran kami di situ cuma seketika dalam sekitar dua jam namun ia memberi pengalaman dan pengajaran yang cukup besar buat kami Anak Muda dalam menyantuni golongan ibu bapa yang cukup berharga buat kami. Tangisan sayu dan panggilan “nak” serta sentuhan seorang manusia bergelar “Ibu dan bapa” tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka dan senantiasa dianugerahkan kesihatan yang baik bagi menempuhi kehidupan ini yang tiada siapa tahu akan penghujungnya.

Di bawah adalah lirik lagu dari nyanyian Arwahyarham Sudirman untuk tatapan semua;

AYAH & IBU
“Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat

Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat”

 

Zuraidi bin Abdullah

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka)

www.anakmudamalaysia.com/[email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.