Home » Headlines, Melaka, SAMM

SAMM Melaka : Pengedaran Risalah “PESANAN TULUS IKHLAS – KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN dan Risalah ABU di Balai Anggota Keselamatan.

Submitted by on August 18, 2012 – 12:23 PM2 Comments

 

SAMM Melaka :  Pengedaran Risalah “PESANAN TULUS IKHLAS –  KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN dan Risalah ABU di Balai Anggota Keselamatan.

Ramadhan Al Mubarakh hampir melabuhkan tirainya untuk kali ini. Di akhir Ramadhan kali ini SAMM Melaka mengambil kesempatan dengan meneruskan program pada hari semalam (Jumaat – 17 Ogos 2012) dengan mengadakan Edaran risalah ABU “Pesanan Tulus Ikhlas – Kepada Anggota Keselamatan Negara”.  Dikesempatan itu juga kami mengagihkan bubur lambuk kepada anggota keselamatan tanda kami menghargai tugas anggota keselamatan yang memikul berat tugas dan amanah Negara.

Program diadakan untuk memupuk kesedaran mengundi kepada anggota keselamatan dan peranan anggota keselamatan kepada masyarakat. Empat perkara utama yang digariskan di dalam risalah “PESANAN TULUS IKHLAS” itu ialah :-

Pertama :  Kembalikan keadilan yang saksama kepada Negara kita. Cubalah untuk membantu membaiki keadaan semasa.

Kedua : Katakan tidak kepada undi pos yang tidak diundi oleh anda. Bantahlah kerana itu hak kita (ini sejajar dengan tuntutan Bersih iaitu semoga Undi Pos di reformasikan).

Ketiga : Ada keberangkalian besar UMNO/BN akan tumbang dalam PRU yang ke 13 ini. Kekecohan mungkin berlaku. Penggunaan kuasa jentera dan polis akan disalahgunakan. Ketika itu ingatlah kepada “Rakyat”.

Keempat : Ingkarlah akan segala arahan yang menjurus menzalimi kepada rakyat. Nescaya Tuhan akan membantumu.

Program bermula pada jam 3.00 petang dengan sidang media yang diadakan di hadapan Balai Polis Malim Melaka. Di dalam sidang Media itu juga, SAMM Melaka menegaskan dan mengajak Rakyat beramai-ramai untuk turun dan  bersama di Malam Ambang Kemerdekaan (Janji Bersih) yang akan di adakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur (berhampiran kawasan Air Pancut) dengan memakai baju berwarna Kuning pada 30 Ogos ini.

Selepas tamat sessi Sidang Media tersebut komrad SAMM Melaka mula memasuki Balai Polis Malim dengan disambut oleh OCPD Tuan Ahmad Hambali dan kami mula mengagihkan bubur lambuk dan Risalah ABU tersebut.

Seterusnya kami bergerak ke Balai Polis Batu Berendam dan diteruskan ke Balai Bomba Ayer keroh dan Balai Polis Ayer keroh. Sepanjang program tersebut berjalan kami dilayan dengan cukup baik oleh anggota keselamatan yang bertugas dan kami sempat beramah mesra. Program berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Pengedaran Di Balai Polis Malim

Pengedaran Di Balai Polis Batu Berendam

Pengedaran Di Balai Bomba dan Keselamatan Ayer Keroh

Pengedaran Di Balai Polis Ayer Keroh

 Program ini akan kami teruskan dan insyaallah kami cuba untuk sampai ke semua Balai Anggota keselamatan sekitar negeri Melaka sebelum berakhirnya Aidil Fitri. Program ini tidak hanya tertumpu kepada balai polis sahaja, kami juga akan menjejaki Balai Bomba, Kem tentera, Kastam dan unit keselamatan yang lain.

Semoga Ramadhan ini kita tinggalkan dengan membawa bekalan kekuatan keberkatan Ramadhan untuk kita anak muda terus mengorak langkah dalam medan perjuangan. Kerana perubahan itu harus didesak dan bukan ditunggu.

“Perjuangan Adalah perlaksanaan kata-kata”

 

Zuraidi bin Abdullah

Peyelaras Negeri.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Melaka.

www.anakmudamalaysia.com

[email protected]

 

 

 

 

2 Comments »

  • Lynn cheang says:

    Well done, keep it up!

  • orangkampung says:

    Terima kasih SAMM Melaka terutama Zuraidi bin Abdullah.

    Aku doa semoaga kamu sekalian di cucuri rahmat SWT.

    Aku juga doa semoga UMNO/BN di tumbangkan secepat mungkin…..rejim yang begitu zalim dan yang makan rasuah banyan harus di sumbat kat kamunting.

    Selamat berjuang. Saya akan donate apa yang saya mampu kepada ABU fund yang di kutip oleh Tuan Haris Ibrahim.

    Kita mesti ber-solidariti dan berjuang bersama2.

    Selamat aidil fitri…..

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.