Home » All Post, Headlines, Melaka, SAMM

SAMM Melaka : Program Jejak Fakir Anjuran SAMM Melaka.

Submitted by on August 13, 2012 – 9:20 AMNo Comment

SAMM Melaka : Program Jejak Fakir Anjuran SAMM Melaka.
Sabda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya yang bermaksud : Daripada Abi Mas’ud Al Ghifari r.a  berkata : “Aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda :Andai kata umatku mengetahui kelebihan Ramadhan, nescaya mereka mengidamkan agar setahun dijadikan ramadhan”.

Bagi terus mengimarahkan dan memuliakan Ramadhan Al Mubarakh yang penuh keberkatan ini, pada 12 Ogos (ahad) yang lalu Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka) meneruskan aktiviti amal kebajikan dengan mengadakan program yang dinamakan sebagai Jejak Fakir Anjuran SAMM Melaka.

Destinasi program kali ini diadakan di kawasan Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka. Program bermula pada jam 11.00 pagi. Kami telah menjejaki seorang nenek tua yang tinggal di Kampung Kertah Pengkalan Balak Masjid Tanah.

Nenek tersebut bernama Fatimah binti Ali yang mana beliau lebih selesa dipanggil dengan panggilan nenek Mah. Beliau telah pun berusia 80 tahun lebih dan tinggal bersama seorang cucu yang tiada pekerjaan tetap. Cucu beliau hanya menjalankan aktiviti kerja sampingan di kampung untuk mendapat belanja demi mendapat sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan mereka. Nenek Mah tidak mampu melihat menambahkan lagi rasa sayu di kalangan anggota SAMM Melaka yang hadir melawat. Mengikut kata nenek Mah, penglihatannya mulai hilang sejak lebih 10 tahun yang lalu. Pergerakan nenek Mah juga agak terbatas disebabkan faktor kesihatan yang tidak menentu.

Menurut nenek Mah semenjak bermastautin di situ lebih 40 tahun lebih-lebih lagi setelah hilang penglihatan, tidak pernah sebarang bantuan dari mana-mana pihak pun yang diterima oleh nenek Mah. Bagi kami anggota SAMM Melaka, apa yang kami kesalkan ialah mengapa penderitaan seorang nenek atau pun warga emas seperti nenek Mah boleh terlepas pandang oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung dan Jabatan kebajikan Masyarakat (Kemas) di dalam sebuah negeri yang kononnya telah bertaraf negeri maju.

SAMM Melaka sebagai anak muda prihatin akan mengambil tanggungjawab untuk melaporkan penderitaan nenek Mah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat yang mungkin dan memastikan nenek Mah mendapat pembelaan dari pihak yang bertanggungjawab khususnya menjelang Aidilfitri. Dalam pertemuan SAMM Melaka dengan nenek Mah sekitar 2 jam lebih itu kami sempat memberikan sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur.

Insyaallah kami juga akan terus membuat siri kunjungan kepada nenek Mah dari semasa ke semasa. Doa dan harapan kami semoga nenek Mah akan mendapat pembelaan serta kehidupan beliau akan bertambah baik.

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-kata”

ZURAIDI ABDULLAH
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka)

www.anakmudamalaysia.com / [email protected]

 

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.