Home » Headlines, N.Sembilan, SAMM

SAMM N.Sembilan: Edar Bubur Lambuk Bersama Chegubard dan Adun Paroi

Submitted by on August 7, 2012 – 3:47 AMNo Comment

Program edaran bubur lambuk yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Sembilan (SAMM NS) telah diadakan pada tanggal 5.08.2012 bermula dengan gotong royong memasak bubur lambuk seawal jam 11 pagi.

Program amal SAMM NS ini turut dibantu oleh ADUN Paroi, YB Taufek Abd Ghani dan ditemani sendiri oleh Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan iaitu cheGuBard. Kesibukan kedua-dua pemimpin ini dalam mendesak perubahan negara tidak menghalang mereka untuk bersama SAMM NS sejak dari awal program hingga ke akhir edaran bubur lambuk.

Sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk telah berjaya disiapkan dan mula diedar sekitar jam 5 petang di Bazaar Ramadhan Pekan Rembau. Orang ramai menyerbu untuk mendapatkan bahagian bubur lambuk yang diperuntukkan, sambil beramah mesra dengan YB Taufek dan cheGuBard. Ini adalah siri-siri program SAMM NS pada sempena Ramadhan tahun ini.

SAMM NS mengucapkan terima kasih kepada YB Taufek dan cheGuBard yang sudi untuk turut serta dalam aktiviti ini dan berharap akan turut bersama dalam program akan datang.

Sekian

 

Hamizan Bahtiar

Penyelaras SAMM N.Sembilan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.