Home » Headlines, N.Sembilan, SAMM

SAMM N.Sembilan: Konvoi Amal Titian Kasih Ramadhan Penuh Keinsafan

Submitted by on August 14, 2012 – 3:08 PMNo Comment

Seperti yang dirancang secara rapi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan telah berjaya menganjurkan sebuah konvoi amal yang merentasi beberapa kawasan dalam Negeri Sembilan.

Kesucian Ramadhan diimarahkan menyaksikan SAMM N.Sembilan menyusun pengisian “Konvoi Amal Titian Kasih Ramadhan” dengan beberapa aktiviti amal antaranya termasuklah ziarah mangsa tahanan ISA, jejak fakir miskin menyampaikan asnaf zakat di kawasan sasaran dan juga program pemberian duit raya kepada anak-anak yatim.

Tepat jam 11pagi, seramai 30 orang peserta konvoi yang terdiri daripada anggota SAMM N.Sembilan dan kelab bermotor SYM Negeri Sembilan telah berkumpul di satu lokasi yang dirancang sekitar Rembau. Sebelum pasukan konvoi bergerak ke destinasi pertama iaitu rumah bekas tahanan ISA di Palong, SAMM N.Sembilan mengambil kesempatan menyampaikan asnaf zakat kepada 5 keluarga fakir miskin yang dikenalpasti di Rembau.
Konvoi bergerak ke Palong tepat jam 2 petang. Pasukan konvoi disambut baik oleh keluarga arwah bekas tahanan ISA setibanya di kawasan Palong, N.Sembilan. Meluangkan masa hampir dua jam, suasana sayu mengiringi penceritaan oleh anak-anak tentang penderitaan yang dilalui sepanjang arwah ditahan tanpa perbicaraan sejak operasi lalang 1988. Linangan air mata tidak dapat diselindung apabila membayangkan derita yang merangkumi penghinaan melampau terhadap keluarga yang tidak bersalah, apatah lagi arwah juga tidak dibuktikan bersalah dalam mana-mana mahkamah.
SAMM N.Sembilan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban dan memperingati nasib kurang baik yang dialami 3 beradik anak bekas tahanan ISA. Seterusnya Konvoi Amal Titian Kasih Ramadhan bergerak meninggalkan Palong dan menuju ke sebuah rumah anak yatim di Johol.
Tiba di Johol sekitar jam 5 petang, pasukan konvoi disambut meriah oleh Ketua Penerangan PAS N.Sembilan ustaz Nor Azman Mohammad dan juga warga Rumah Kasih Pertubuhan Anak Yatim Piatu dan Miskin Kampung Ulu Inas, Johol. SAMM N.Sembilan diiringi ustaz Azman menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan meluangkan sedikit masa menyelami perasaan yang dilalui mereka. Ustaz Norazman juga sempat menyampaikan sedikit tazkirah.
Di Johol juga menyaksikan 5 lagi keluarga fakir miskin menerima sumbangan asnaf zakat melalui SAMM N.Sembilan dan sekutu konvoi.
SAMM N.Sembilan menyasarkan aktiviti seperti konvoi ini harus diperhebat pada masa yang akan datang menjangkaui bulan Ramadhan semata. Walaubagaimanapun, ia menimbulkan kesan dan menyembur keinsafan di atas kesusahan yang dialami oleh saudara seagama dan sebangsa.
 Aktiviti Konvoi Amal Titian Kasih anjuran SAMM N.Sembilan di bulan Ramadhan sedikit sebanyak menguji ketahanan dan juga melahirkan semangat untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri. Program berakhir dengan sebuah majlis Iftar bersama ustaz Norazman dan seluruh peserta konvoi.
Sekian,
Norazizi Abd Aziz
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan
www.anakmudamalaysia.com

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.