Home » Headlines, P.Pinang, SAMM

SAMM P.Pinang Mulakan Aksi Serbu dan Edar Risalah ABU di Balai Anggota Keselamatan!

Submitted by on August 14, 2012 – 12:29 AMNo Comment

Kempen kesedaran mengundi di kalangan anggota keselamatan menjadi salah satu kempen penting dalam pertembungan pilihanraya yang semakin hampir. Undi anggota keselamatan sering kali menjadi pertikaian terutamanya dalam soal ketelusan undi pos (yang kini dikenali sebagai undi awal) apabila ramai anggota keselamatan tampil membuat pengakuan tidak pernah mengundi bagi pihak dirinya. Ini sama sekali penafian hak demokrasi secara tidak langsung mencemar maruah institusi keselamatan yang selama ini diharapkan telus dalam menjalankan tugas.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang memulakan langkah awal dengan mengedarkan bubur lambuk beserta risalah ABU kepada anggota keselamatan termasuklah kepada pegawai bomba yang bertugas ketika berpuasa. Risalah tersebut menyeru anggota keselamatan agar bukan sahaja berani di medan tugasan malah turut berani menuntut hak demokrasi. Anggota keselamatan tidak seharusnya membenarkan institusi mahupun diri sendiri ditunggang dan diperkuda demi kelangsungan regim mempertahankan kuasa, apatah lagi dipaksa ‘baiah’ untuk pastikan regim terus memerintah.

Tanggal 12 Ogos menjadi tarikh bermula edisi fasa seterusnya kempen ABU yang diperhebat oleh SAMM. Kempen yang akan dihangatkan ke seluruh negara selepas ini dimulai sendiri oleh Ketua Penyelaras SAMM iaitu cheGuBard bersama SAMM P.Pinang.

Bermula dengan gotong royong penyediaan bahan mentah yang bermula pada lewat malam hari sebelumnya iaitu 11 Ogos diteruskan pada sebelah pagi di perkarangan Masjib Bayan Baru. Sebanyak 10 kuali bubur lambuk dari sumbangan Pusat Khidmat ADUN Batu Maung, Wanita Mutiara Pulau Pinang dan individu-individu yang bermurah hati, dimasak sendiri oleh anak muda SAMM P.Pinang, Unit Ehsan dan AMK Bayan Baru. Turut hadir membantu dan memeriahkan suasana termasuklah Adun Batu Maung YB Malik, YB Betty isteri kepada Ketua Menteri P.Pinang, ahli majlis dan cheGuBard.

Setelah semuanya bersedia pada jam 4 petang, SAMM P.Pinang bersama rakan sekutu terus bergerak untuk aksi mengedarkan bubur lambuk bermula di sekitar Masjid Bayan Baru dan masuk jam 6 petang, bubur lambuk bersama risalah penting ABU mula diedar kepada anggota polis dan juga anggota bomba di balai-balai terpilih.

Antara balai yang menjadi sasaran termasuklah Balai Bomba Daerah Barat Daya P.Pinang, kemudian ke Balai Polis Bayan Baru, dan seterusnya ke Balai Polis Bayan Lepas. Demi memastikan edaran bubur lambuk dan risalah ABU edisi khas anggota keselamatan sampai ke sasaran tepat pada waktunya, skuad bermotor yang diketuai dan ditunggang sendiri oleh cheGuBard dilancarkan menjadi sandaran penting ketika jalanraya sesak pada waktu puncak menjelang waktu berbuka.

Aksi menyantuni anggota keselamatan bersama risalah ABU yang dimulakan oleh SAMM P.Pinang ini akan diteruskan di seluruh negara oleh SAMM dan sekutu rapat dalam masa terdekat. Nantikan pengumuman penting yang akan dibuat dalam sedikit masa.

Maruah setiap anggota keselamatan perlu dikembalikan bersama hak mengundi yang dijanjikan kepada setiap warganegara.

 

Aidil F Ibrahim
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) P.Pinang
www.anakmudamalaysia.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.