Home » Headlines, Kenyataan Media, Perlis, SAMM

SAMM Perlis Kesal Sikap Sambil Lewa Menambak dan Membersih Kubur

Submitted by on August 21, 2012 – 6:04 PMNo Comment

Kenyataan Terbuka

21 OGOS 2012


SAMM Perlis Kesal Sikap Sambil Lewa Menambak dan Membersih Kubur

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis memandang serius isu projek menambak dan membersihkan kubur yang dibuat secara sambil lewa hingga menyebabkan kemarahan orang ramai.

Operasi menambak dan membersih Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan syarikat kontraktor terlibat mencabut batu nisan daripada lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di sekitar kawasan perkuburan.

Tindakkan rakus ini mengakibatkan masalah lebih besar apabila waris tidak dapat mengenalpasti kedudukan sebenar kubur ahli keluarga mereka selepas batu nisannya dicabut. SAMM Perlis kesal dengan sikap pihak kontraktor yang tidak mengambil peduli sensitiviti ahli keluarga si mati dengan melonggokkan batu nisan di sekitar kawasan perkuburan dalam keadaan yang tidak dihormati dan tidak disusun se-eloknya.

 Bagi SAMM Perlis, menambak kubur adalah perkara yang biasa. Namun demikian, batu nisan hendaklah dikekalkan agar memudahkan waris mengenal pasti kedudukan sebenar kubur ahli keluarga mereka. Terdapat juga batu nisan yang rosak dan patah akibat kerakusan para pekerja syarikat kontraktor yang dipertanggungjawabkan. Hal ini menambahkan lagi kemarahan ahli keluarga yang terlibat.

Apa yang lebih menyedihkan ialah perihal ini berlaku dalam keadaan hari raya Aidilfitri yang menjelang. Menziarahi pusara di pagi hari raya Aidilfitri adalah resam penting bagi kebanyakkan orang melayu. Bagaimana perasaan waris apabila mendapati kubur ahli keluarga mereka tidak lagi berbatu nisan ketika ziarah di pagi Aidilfitri?

 SAMM Perlis mendesak agar pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan memantau pelaksanakan kerja-kerja menambak dan membersihkan kubur mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan mengambil kira sensitiviti kaum keluarga si mati. Semoga masalah seperti ini tidak berulang dan tidak berlaku di tanah perkuburan yang lain.

Sekian

Farhan Azis

Penyelaras Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.